Hina TMJ: Kes Aniaya, Mat Tere Istimewa – Keluarga

SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam sebuah video tular baru-baru ini, telah ditahan polis, semalam.

Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Tere ditahan kira-kira jam 3.50 petang berdekatan sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.
Sementara itu, keluarga Mat Tere tampil merayu agar pihak berkuasa tidak memanjangkan kes video tular yang menghina institusi diraja Johor berkenaan berikutan kondisi lelaki itu.
Menurut sepupunya, Yusrizam Ahmad, Mat Tere merupakan seorang yang tidak mempunyai akal panjang dan dikategorikan sebagai kurang cerdik serta sering menurut apa sahaja yang disuruh orang tanpa mengambil kira akibatnya.
Sehubungan itu, dia yang percaya sepupunya itu dianiya telah membuat laporan polis di IPD Kota Bharu, semalam.
“Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.
“Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya.
Dalam pada itu, Yusrizam memberitahu, Mat Tere yang sudah kematian ibu kini dijaga bapa saudara memandangkan bapanya juga berkeadaan sama seperti beliau.
Mat Tere yang kini ditahan dijangka dibawa ke Johor Bharu untuk direman dan disiasat.
Hina TMJ: Kes Aniaya, Mat Tere Insan Istimewa - Keluarga
Sementara itu, berita penahanan Mat Tere turut menarik perhatian dan simpati netizen sehinggakan muncul #prayforMatTere.
Rata-rata netizen berharap individu yang merakam video berkenaan disiasat berhubung isu ini.
Sumber: BH Online | mynewshub




No comments

Powered by Blogger.