Jangan Trade In Kereta Habis Bayar Selagi Anda Belum Baca Artikel Ini...Jom Kongsikan


Ini untuk mereka yang pakai kereta second hand yang masih
good condition tetapi sudah settle bayar.

Jangan tukar kereta baru

Tambah tak mengapa.
Jika anda sudah ada kereta habis bayar,
jangan gatal trade ini untuk kereta baru,
jangan gatal jual untuk ambil yang baru.




Jangan ambil kereta baru sehingga semua kira-kira sudah dibuat.

Sila kira, jika sebulan anda bayar RM 500 sebulan cuba kira
kalau setahun anda bayar berapa?

RM500 x 12bulan = RM 6000 setahun. Banyak kan?

RM6000 tak termasuk insuran kenderaan dan cukai
jalan, kalau campur adalah dekat RM 7000…

Banyak ker sikit ?
dan ingat, anda kena tanggung hutang selama 9 tahun lagi.



Tahukah anda dengan bayaran setahun
kereta baru, anda boleh buat overhaul pada kereta lama dan
boleh juga full servis untuk digunakan lebih kurang tiga tahun lagi.

 Anda menanggung hutang baru.
Nak lepas dari hutang kereta lama separuh mati.

sekarang senang-senang nak ambil kereta baru
dan hutang baru. Berbaloi kah beraya dengan kereta

HUTANG yang tidak perlu.
9 tahun anda tidor tak lena, mandi tak basah
bila terkenangkan hutang kereta dan lain-lain.

Kesimpulan :
Ini bukan post untuk kempen jangan ambil kereta
baru. Kalau mahu ambil, ambillah, semua pilihan
terletak di tangan anda.

Cuma biasalah, kalau dah kena barulah nak berakal.

#tukangfikir 

Kredit: Tukangfikir.com

No comments

Powered by Blogger.