“Kerja tak sampai setahun, tapi hasil kerja macam orang yang dah sangat senior”


(Perkongsian daripada The Dressar & Co.)
Ini contoh seorang Dressarvenger yang tekun dan berpotensi. Beliau adalah Alexon Abin dari Ranau, Sabah. Melihat hasil jahitan, tiada siapa pun yang menjangkakan ia adalah hasil dari tangan seorang PPW. PPW ni adalah Penolong Pegawai Perubatan yang freshie, yang kerja tak sampai setahun lagi, masih dalam tempoh percubaan. Tapi hasil kerja macam orang yang dah sangat senior.
Gambar-gambar:
  


Dulu agak kecoh apabila sebuah hospital swasta kenakan cas lebih kurang RM3000 untuk jahitan yang sangat sikit, tak sampai 5 stitches. Dalam kes ni, pesakit mendapat luka dalam yang panjang setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan samurai.
Dalam kes ini, pesakit cuma membayar RM1. Ya betul tuan-tuan, cuma RM1 untuk jahitan superb begini, lebih dari 100 stitches, berserta ubatan lain seperti antibiotik dan ubat tahan sakit, x-ray dan beberapa servis lain.
Semoga PPP Alex terus cemerlang di masa akan datang. Viva pun dah lulus, hahaha!
(Mohon jangan kecam pasal necktie, terpaksa bukak sebab terkena darah dan mengganggu fokus)
– Spencer-
(penulis, jurufoto dan tukang lap peluh)
Sumber: thealternatif

No comments

Powered by Blogger.