Resepi Char Kuey Teow Special Dan Sedap



Kiriman Cik Azriey (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi char kuey teow ini merupakan kiriman Cik Azriey Amriey. Memang ramai sukakan masakan char kuey teow ini. Tentu sedap resepi kiriman cik azriey ini. Jom kita mempelajarinya:

Bahan-bahan Resepi Char Kuey Teow:
600g koey teow
1 cawan kerang (rebus dan kopek)
10 ekor udang sederhana besar
Segenggam tauge
Segengam daun kuchai
2 biji telur

BAHAN KICAP Resepi Char Kuey Teow
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
10 ekor udang (buang kulit,rebus)
8 sudu besar kicap
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
Garam,MSG dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Minyak utk menumis

Cara membuatnya: :
1. Kisar semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang hingga lumat.Masakkan di atas api kecil hingga masak.Jangan terlalu pekat.Jika pekat tambah air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
4. Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi.Jangan terlalu banyak.Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
5. Masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
6. Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
7. Angkat dan hidang panas-panas.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Kerana sudi berkongsi resepi char kuey teow

No comments

Powered by Blogger.