“Saya dipinggirkan oleh semua ipar perempuan saya”


Cerita ni bukan nak mengaibkan sesiapa.. tapi nak meninggalkan pesan dan pengajaran.. lagi-lagi kita orang perempuan… tentang DOA orang YANG TERANIAYA…
Doa orang yang teraniaya ni tak boleh dibuat main.. bila dia betul-betul sedih dan berdoa ikhlas pada Allah tentang perbuatan seseorang pada dia.. Allah akan makbulkan…
STORY :
Kisah saya…
Ipar-ipar perempuan aniaya saya teruk.. saya di pinggirkan.. balik kampung saya akan duduk penjuru rumah sorang-sorang.. takde sapa nak kawan atau sembang ngan saya, selalu cuba berkawan duduk bersama mereka, mereka akan bangun dan masuk ke satu bilik kunci serta gelak besar meninggalkan saya terpinga-pinga diluar dengan hanya dilihat mertua.
Mereka? Ya bukan sorang tapi semua adik beradik perempuan suami. Mereka cemburu dan mahu saya tinggalkan abang/adik mereka.
Apa yang saya buat habis semua jadi salah.. apa yang saya ada.. habis semua nak up dari saya.. sedangkan saya tak bekerja.. saya hulur tangan salam diberikan kaki tuk sambut tangan saya.. bilik saya asal di bina suami di kampung untuk memudahkan saya jika balik, telah mereka ambil.. dan bila saya pulang kampung.. bilik saya di pindahkan ke bilik store. Mana tempat simpan baju-baju.. almari.. dan perabot yang tak pakai.. semua disimpan dalam bilik tu.. katil dalam bilik tu patah.. lantai tak beralas dan berpasir.. tingkap pecah.. takde langsir.. takde lampu, tak berkipas.
Suami tahu? Ya suami tahu, dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.. Apa salah saya..? Salah saya.. sebab saya orang KL.. mereka mengharap saya anak orang kaya, tapi kenduri kahwin hanya di flat memalukan mereka pada orang-orang kg yang hadir.
Cuaca di kg sangat bahang, pernah satu hari saya di izinkan suami untuk tidur kerana demam, dan suami keluar untuk berjumpa kawan-kawan sekampung, tapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar, saya bangun untuk buka suis semula dan masuk ke bilik, dan mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan marah.
Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah.. tapi ayah ajar usaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang. Buku-buku bank anak-anak mentua saya pegang.. buku bank suami mentua pegang.. alasan takut saya keluarkan duit..
Apa yang terjadi pada saya suami tak pernah tahu.. tapi suami banyak kali pertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disampaikan anak-anak perempuan nya.. saya sedey taw.. saya tak mengadu pada sapa-sapa.. adik.. abang-abang.. atau ibu bapa saya.. sebab tak nak keluarga pandang serong pada suami.. sebab suami saya tak bersalah.. even suami saya tak tahu pape.. die tahu pon dari isteri saudara suami yang duduk rumah bersebelah, sampaikan pada suami macam mana isteri nya dilayan bila suami tiada tapi saya tak pernah mengadu domba pada dia.. suami pernah marah pada saya dan ingin panggil kakak dan adik-adik perempuannya, tapi saya memohon suami untuk menjaga silaturahim, dan mengatakan jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tak mahu pulang lagi.
Sampai 1 tahap saya tak dapat tahan sebab kalau ikut kan cerita banyak lagi mereka lakukan.. dipendekkan cerita saya sedang mengandung anak kedua.. saya nangis sorang-sorang dalam bilik kerana tak tahan dengan kebencian mereka pada saya. Sambil sembahyang saya menangis-menangis, tersedu-sedu saya perlukan Allah.. saya hanya ada Allah untuk pujuk saya.. tak henti menangis-nangis sorang-sorang.. Tiba sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis.. habis sembahyang saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi.. nak tenangkan hati.. tapi tak tenang dan xtahan jugak.. terus saya berdoa.. saya doa kat Allah..: YA ALLAH.. KAU TAHU AKU TAK BERSALAH, MEREKA INGIN AKU BERCERAI YA ALLAH, DIE BELUM BERKAHWIN.. DIE TIDAK TAHU RASA MENJADI MENANTU.. DIE TIDAK RASA MENJADI SEORANG IBU.. AKU MINTA KAU DENGAR KESEDIHAN HATI AKU.. AKU TIDAK BERDENDAM.. TAPI AKU SEDIH.. AKU DIANIAYA MEREKA INI YA ALLAH.. AKU TAK TAHU MANA NAK MENGADU.. MELAINKaN KAU.. DENGAR LA DOA AKU YANG TERANIAYA DAN DI FITNAH.. SESUNGGUHNYA KAU MAHA BERKUASA YA ALLAH.. MEREKA AKAN MERASA APABILA MEREKA HENDAK BERKAHWIN NANTI BONGKAKNYA MEREKA AKAN BERTUKAR HAMPA.. MEREKA TIDAK PERNAH BERSALIN.. MEREKA TAK TAHU RASA BERSALIN.. MEREKA AKAN MERASA SAKIT NYA BERSALIN ITU YA ALLAH.. DAN SAKITNYA APABILA DI PERLAKUKAN MACAM INI OLEH IPAR MEREKA NANTI YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU TIDAK BERDENDAM TAPI AKU TERLALU TERLUKA YA ALLAH. AKU MENGADU DAN MEMINTA AGAR MEREKA TAHU DAN SEDAR BILA MEREKA DITEMPAT AKU..
Dengan izin allah doa saya di makbul kan.. bukan saya nak kata Allah dengar doa saya.. tapi apa yang terjadi pada dia.. itu yang saya doa dulu.. tekejut saya..
1. Pada hari wedding mereka… macam-macam dugaan..banjir.. nak pasang kemah tak tahu kat mana.. kereta tak boleh masuk.. masalah cari barang masakan kenduri sampai kene pakai sampan, barang hantaran rosak.. Kenduri hanya orang kg kunjung.. lauk pauk tak berabeh2, buang saja/ bagi pada orang ramai, kerana yang hadir hanya orang-orang kg dan kenalan dekat sahaja.
2. Selepas berkahwin.. salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam.. sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia, dia sudah pon keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.
3. Sampai masa nak bersalin.. 3 hari tunggu dalam wad.. tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami tanya saya.. kenapa adik die macam tu. sedangkan saya bersalin mudah.. saya cakap.. Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati dan memutus silaturahim saudara mara.. suruh dia mintak maaf pada emak dia.. suami dia.. saudara-saudara dia..
Suami cakap adik da buat semua tu.. saya diam je.. suami pandang saya.. saya cakap.. dia kena mintak maaf pada seseorang.. seorang yang selalu die buat aniaya.. maki hamun di laman sosial.. perli depan-depan.. seorang yang d lakukan macam orang asing, seorang yang dia pulaukan, seorang yang dia cakap dia tak nak dalam keluaga ni..
Suami terdiam dan faham serta merta..
Suami saya terus memujuk, minta maafkan adiknya.. saya diam je.. saya tak cakap pape..
Hari ke 3 masih dalam wad.. da lebih due.. bukaan msih 4 cm.. doktor da risau.. sebab tak keluar-keluar baby.. macam ade sesuatu menahan.. di azan tak keluar.. di baca yasin tak keluar, di buat solat hajat tidak keluar.. lantas suami sedar.. Suami teringatkan saya di rumah, suami sedar isteri banyak teraniaya dan berasa hati.. selama ini sememangnya ISTERI NYA TIDAK BERSALAH.. suami jenuh mesej saya.. tiap-tiap jam.. bagi feedback tentang keadaan adik die.. saya diam jugak.. suami cakap adik dia menderita sangat-sangat.. sakit kena jolok.. kena usik macam-macam.. diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke..? saya tetap berdiam.. SAMPAILAH…. Suami mesej kata doktor takde pilihan.. terpaksa bedah sebab anak dalam perut da mula lemas takut anak tak selamat.. terus saya doa dalam hati mengangkat tangan
: ALLAH.. PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PEMBEDAHAN IPAR AKU.. SELAMATKAN ANAK DALAM KANDUNGAN YANG TIDAK PERNAH BERSALAH TERHADAP AKU.. TOLONG AKU YA ALLAH SELAMATKAN KEDUANYA.. JANGAN BIARKAN AKU DALAM SEBESALAH, AKU AKAN RASA BERDOSA .
Beberapa minit, terus suami mesej ucap “Terima kasih sayang, baby da lahir, dua-dua selamat, terima kasih, abang tahu isteri abang baik, biarlah apa dorang cakap, abang kenal isteri abang”.
Lantas saya cakap pada suami..
Ingatkan lah pada adik abang.. itu pengajaran pertama dari Allah.. tak di dunia.. di akhirat kena..
Besarnya kuasa Allah.. Ingatkan adik abang.. agar pengajaran ni tak berulang lagi..
*****
saya tak mengadakan cerita.. tapi pada saya pada yang tahu besarnya KUASA ALLAH S.W.T tu.. jangan di buat main..
*****
Perkahwinan saya sekarang di ambang penceraian, saya terkena sihir pemisah, anda doakan lah agar saya merasa bahagia dan dilindung dari kezaliman pihak mereka moga suatu hari Allah membalas segala perbuatan mereka.
(Cerita ini dipetik melalui laman KRT – Kisah Rumah Tangga)

No comments

Powered by Blogger.