Serang balai polis, campak wanita dalam api

Novo Aripuana, Brazil: Orang ramai menyerang balai polis, memecahkan lokap dan mengheret keluar seorang wanita yang disyaki menyebabkan kematian budak dia tahun sebelum mencampakkan wanita itu ke dalam api.



Kira-kira 500 penduduk berkumpul di balai polis itu Rabu lalu, sebelum satu kumpulan memecah masuk dan mengheret wanita itu keluar semalam.

Wanita itu ditahan Selasa lalu, kerana disyaki menyebabkan kebakaran sebuah rumah yang dipecah masuknya menyebabkan seorang budak dua tahun mati dan budak lima tahun cedera.

Menurut Daily Mail, portal berita Brazil, Globo, melaporkan selepas mengheret keluar wanita berusia 30-an itu, orang ramai kemudian membakar kereta berhampiran balai dan mencampakkan wanita itu ke dalam api.

Walaupun cedera akibat melecur, wanita itu berjaya melepaskan diri dan pasukan bantuan polis yang tiba menghalang orang ramai daripada terus memburu wanita itu.

Menurut kenyataan polis, pasukan polis tentera dihantar dari Amazonas sejauh 150 kilometer yang mengambil masa untuk sampai dan tidak sempat menghalang orang ramai daripada memecah masuk ke dalam balai.

Pasukan itu bagaimanapun, berjaya mengawal keadaan dan menghalang orang ramai daripada terus mengamuk.

Polis membawa wanita itu ke hospital untuk rawatan dan akan dibawa ke tempat tahanan lain bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sumber: hmetro

No comments

Powered by Blogger.