Gadis Cantik Jual Roti Kukus Di Pasar Malam Viral Buat Ramai Netizen Lelaki Ingin Ke Pasar Malam


Kejelitaan seorang gadis penjual roti kukus di sebuah pasar malam telah menarik perhatian ramai dan mula hangat diperkatakan di media sosial.

Pada mulanya, seorang wanita bernama Lee tertarik melihat kejelitaan gadis penjual roti kukus (Sao Bao) di sebuah pasar malam yang terletak Sri Petaling. 

Lantas Lee mengambil gambar penjual roti itu dan memuat naik gambar-gambar gadis jelita itu di laman Facebooknya.

Hanya dalam masa 3 hari, statusnya menjadi tular dan dikongsikan lebih dari 1.500 kali. "Ok cukup, inilah gambar-gambar gadis si penjual sao bao itu," tulis Lee lagi disertakan dengan beberapa keping gambar penjual roti yang cantik itu.

Seperti biasa, netizen terutamanya dari golongan lelaki mula membanjiri ruangan komen dan masing-masing berhajat ke pasar malam tersebut untuk membeli Sao Bao gadis itu. 

Kerana pencahayaan yang kurang baik di pasar malam tersebut, segelintir netizen tertanya-tanya bagaimanakah rupa gadis penjual roti itu ketika tidak menjual Sao Bao. - Kaki Share

No comments

Powered by Blogger.