Guru Sekolah & Jiran Perempuan Memandu Melawan Arus Dedah Cerita Sebenar

Isu perempuan yang memandu kereta Gen 2 yang menyebabkan kematian semakin rancak ‘drama’ selepas pendedahan di mana perempuan tersebut disahkan mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).


Ya, kad OKU menjadi perhatian, mengambil dadah dan mabuk ketika memandu seperti lenyap dan seperti dipadam dari memori.



Terbaru, giliran guru sekolah remaja perempuan yang dikenali sebagai Cindy Ng ini pula mendedahkan perangai semasa remaja perempuan itu pada zaman sekolahnya.

Pendedahan Guru Sekolah Perempuan Pandu Gen 2 Lawan Arus

Guru yang mengajar perempuan cina itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Mark, Butterworh memberitahu ketika di tingkatan dua, dia sering melihat pelajarnya itu bersendirian.

“Dia jarang bawa buku ke sekolah dan hanya membawa sikat dan cermin. Malah, dia suka duduk bersendirian sambil menyikat rambut,”



“Saya jarang mendengar dia menimbulkan masalah di sekolah dan dia tidak mempunyai ramai rakan serta sering ke mana-mana seorang diri.

“Selain itu, remaja itu mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) kerana masalah dalam pembelajaran,” – Guru Sekolah.

Pendedahan Jiran Rumah Perempuan Cina Memandu Lawan Arus


(Gambar rumah perempuan cina lawan arus)

Selepas usaha pihak media untuk menemuramah keluarga Cindy Ng di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth gagal apabila rumah kediaman ibu bapanya kosong, pihak media berbual dengan jiran mereka yang merupakan lelaki cina untuk bertanyakan mengenai remaja perempuan itu, pendedahan jiran perempuan itu sangat-sangat berbeza dengan kes lawan arus itu.

Lelaki Cina yang berusia 50-an itu mendakwa pada jam 6.45 pagi hari kejadian, dia melihat kereta Proton Gen 2 remaja berkenaan masih berada di rumah dan terkejut sebaik terlihat berita mengenai kemalangan berkenaan.

Nak tipu pun agak-agaklah, sedangkan perempuan tu sendiri mengaku lepas berpesta hisap dadah, minum arak dengan kawan-kawan, boleh pulak jiran dia beritahu kereta ada di rumah sekitar jam 6.45 pagi.

“Ketika keluar bekerja pada pagi kejadian, saya masih melihat kereta itu berada di rumah itu,” jiran Cindy Ng.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.