Julia Perez: “Saya Sudah Dapat Undangan Dari Allah”


Artis sensasi Indonesia, Julia Perez kini sedang berjuang melawan penyakit kanser servik yang dialaminya itu.

Baru-baru ini Julia telah membuat orang ramai cemas apabila dia memberitahu waktunya semakin hampir.

“”Saya sudah dapat undangan dari Allah, cuma tanggalnya belum ditaruh, saya rasa waktunya makin dekat” kata Julia.

Disebabkan itu, dia banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga dan mereka yang terdekat dengannya.

Malah rakan-rakan artis tidak putus-putus datang melawatnya Julia dan berharap dia akan kembali sembuh.

Julia kini dirawat di hospital di Jakarta selepas kakinya membengkak selain mengalami kekurangan darah.

Namun bengkak itu semakin mengempis.-Suara.TV

No comments

Powered by Blogger.