Malaysia Batal Serah Mayat Kim Jong-Nam Selepas Korea Utara Main Kotor?

PETALING JAYA – Putrajaya didakwa menghentikan rancangan membebaskan 3 suspek Korea Utara dan memulangkan mayat Kim Jong Nam kepada Korea Utara ekoran Pyongyang disyaki melarang 9 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu, lapor China Press.

Akhbar itu hari ini melaporkan Putrajaya dan Pyongyang difahamkan menerusi rundingan bersetuju menukar mayat Jong Nam dan 3 suspek warga Korea Utara untuk keselamatan 9 rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang.

Bagaimanapun, Malaysia dikatakan terpaksa menghentikan rancangan itu pada saat-saat akhir kerana khabar angin mendakwa Pyongyang melarang 9 warganegara Malaysia menaiki pesawat pada saat-saat akhir dan memaksa Malaysia menahan 3 suspek Korea Utara itu.

Menurut laporan akhbar itu, difahamkan, mayat Jong Nam sepatutnya dihantar menggunakan pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing malam tadi, sebelum ke Pyongyang.

China Press melaporkan, difahamkan 2 suspek yang dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan Jong Nam, iaitu pekerja Air Koryo, Kim Uk Il, 37, dan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang Song, 44; bersama 2 lagi lelaki Korea Utara sepatutnya menaiki penerbangan sama yang membawa mayat Jong Nam keluar dari Malaysia.

Dua lagi lelaki terbabit ialah Setiausaha Ketiga Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Han Sung Chol (terjemah) dan seorang lelaki misteri bernama Jang Song Chol (terjemah).

Menurut akhbar itu, polis baru mendapati Jang pernah muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada hari Jong Nam mati dibunuh dan merupakan suspek terbaru diburu polis Malaysia.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek lelaki Korea Utara yang dikehendaki polis, Ri Ji U atau lebih dikenali sebagai James tidak berada dalam senarai pelepasan penerbangan itu.

Dalam pada itu, China Press melaporkan wujud 2 versi pengurusan mayat Jong Nam, iaitu dihantar ke Pyongyang atau kepada warisnya di Macau, selain mayat itu mula mereput dan berbau, jadi Malaysia memutuskan untuk membakar mayat itu terlebih dahulu sebelum menentukan abu itu akan dihantar kepada pihak mana.

The Sun hari ini melaporkan, mayat Jong Nam yang sudah dihantar ke terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam, terpaksa dikembalikan ke Hospital Kuala Lumpur sekitar 9.15 malam tadi, ekoran isu teknikal kargo kerana ia tidak boleh dimasukkan ke dalam pesawat.

Sehingga kini, 9 rakyat Malaysia masih terkandas di Pyongyang selepas Korea Utara melarang semua warga Malaysia meninggalkan negara itu pada 7 Mac lalu, disusuli tindakan Putrajaya menyekat pegawai kedutaan dan warganegara Korea Utara meninggalkan Malaysia, selepas 2 negara menghantar duta masing-masing pulang ke tanah air.

Dua lagi rakyat Malaysia yang merupakan pekerja bantuan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) – di Korea Utara, dibenarkan keluar dan selamat tiba di Beijing, pada 9 Mac lalu.

Pada 16 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik The Star sebagai berkata, ada kemungkinan Putrajaya akan menyerahkan mayat Jong Nam bagi memastikan 9 rakyat Malaysia yang terperangkap di Korea Utara dapat pulang dengan selamat.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian abang sebapa diktator Korea Utara, Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu, selepas didakwa diserang 2 wanita yang menyapu mukanya dengan sejenis bahan kimia dikenal pasti sebagai agen saraf VX ketika beliau menunggu penerbangan ke Macau di klia2. – Fmt

Sumber: wartawan-jalanan


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda perlu kenalan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada wang tambahan - dari tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kita juga boleh membeli anda sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.