Suami Dalam Penjara, Macam Mana Kamu Boleh Mengandung?


Bornoe: Seorang hakim terkejut atas pengakuan seorang wanita yang ditahan akibat mengedar dadah minggu lalu mendakwa dirinya telah mengandung 4 bulan sementara suaminya sudah 2 tahun berada dalam penjara.

Wanita itu tidak mahu menjelaskannya lebih detail, namun dia menyebut anak dalam kandungannya itu adalah hasil hubungannya dengan suami..

Hakim hanya geleng kepala, memandangkan balai polis dimana suaminya ditahan tidak menyediakan bilik untuk berhubungan intim antara suami isteri.

”Ini anak suami saya , saya tidak mahu cerita mengenai kandungan ini, kasihan suami saya di sana nanti dia bimbang, katanya wanita beranak satu itu.

Sebelum ini diketahui suami wanita ini juga ditahan kali kedua kerana mengedar dadah, kini giliran isteri pula, suaminya di dalam penjara selepas ditangkap membawa dadah jenis sabu seberat 5,34 gram sekitar 100 meter dari kediamannya minggu lalu.

Sementara Anaknya yang masih berusia 4 tahun terpaksa diserahkan kepada ibu bapanya selama  mereka menjalani hukuman dalam penjara.

No comments

Powered by Blogger.