Buang Anak Dalam Tong Sampah, Pelajar Kolej Ditahan

Tidak sampai 24 jam, seorang perempuan yang merupakan pelajar kolej telah ditahan kerana membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di Apartmen Samajaya, Jalan Usahajaya, Samajaya, Kuching.
Bayi perempuan yang dilahirkan jam 6.30 pagi diletakkan di dalam sebuah kotak dijumpai oleh seorang pencuci bangunan tersebut sekitar jam 10 pagi tadi.
Bayi perempuan yang sudah mati itu dilahirkan di bilik mandi di apartment tersebut dan pelajar perempuan yang berumur 24 tahun itu disiasat atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

No comments

Powered by Blogger.