Gadis penjual roti kukus persis model buat ramai ingin ke pasar malam

162808jrwdbnavcsknmkmp.jpg
Kredit foto – World of Buzz

Kejelitaan seorang gadis penjual roti kukus di sebuah pasar malam telah menarik perhatian ramai dan mula hangat diperkatakan di media sosial.

Pada mulanya, seorang wanita bernama Lee tertarik melihat kejelitaan gadis penjual roti kukus (Sao Bao) di sebuah pasar malam yang terletak Sri Petaling.

Lantas Lee mengambil gambar penjual roti itu dan memuat naik gambar-gambar gadis jelita itu di laman Facebooknya.
“Tahukah anda, seseorang gadis itu boleh dikatakan benar-benar cantik apabila dia menerima pujian dari seorang perempuan lain,” tulis Lee, seperti dipetik dalam portal World of Buzz.

163644za4o44nygqiho6yp.jpg


Hanya dalam masa 3 hari, statusnya menjadi viral dan dikongsikan lebih dari 1.500 kali.
“Ok cukup, inilah gambar-gambar gadis si penjual sao bao itu,” tulis Lee lagi disertakan dengan beberapa keping gambar penjual roti yang cantik itu.
Seperti biasa, netizen terutamanya dari golongan lelaki mula membanjiri ruangan komen dan masing-masing berhajat ke pasar malam tersebut untuk membeli Sao Bao gadis itu.

161251xexnnzqzupoe66ux.jpg
162330ola9fllqq1qc1v9a.jpg
162253v8gyrz1g06x0rj94.jpg
Kerana pencahayaan yang kurang baik di pasar malam tersebut, segelintir netizen tertanya-tanya bagaimanakah rupa gadis penjual roti itu ketika tidak menjual Sao Bao.
Jadi, inilah gambar-gambar gadis tersebut jika tidak keluar berniaga.

163121surw0z0g05advv5m.png

163321kk5z3h5hf3epwfgs.png
Bagaimana, cantik tak? Selepas ini jangan hairanlah kalau tiba-tiba sahaja viral pula mengenai pasar malam Sri Petaling sesak teruk dibanjiri pengunjung lelaki. – CARI

Sumber: Cari

No comments

Powered by Blogger.