[GEMPAR] Cerita Sebenar Disebalik Misteri Penemuan Naga Putih Di Malaysia

  • Penemuan Seekor Naga Putih Menjadi Topik Perbualan Hangat Oleh Rata-Rata Netizen Di Laman Sosial Baru-Baru Ini, Kononnya Naga Putih Ini Ditemui Di Malaysia

  • Namun, Terdapat Dua Cerita Yang Berlainan Berkenaan Penemuan Naga Putih Ini. Satu Cerita Mengatakan Naga Putih Ini Ditembak Mati Di Perak, Manakala Satu Lagi Menceritakan Naga Putih Ini Telah Jatuh Dari Langit Di Johor Bahru.

    • Johor Bahru: Penemuan seekor naga putih di apartment Tanjung Puteri, Johor Bahru telah menjadi topik hangat laman sosial. Naga putih tersebut kononnya jatuh dari langit dan terus menemui ajal. Pihak kerajaan juga dikatakan sudah mengambil bangkai naga putih tersebut untuk dianalisa.
       katakcomel.my
    • Perak: Seekor naga yg berwarna putih telah ditembak mati di sebuah kebun durian di Gerik, Perak. “Betapa saya tidak sangka binatang itu rupa-rupanya seekor naga putih,” kata Boon Chin Yo, pemilik dusun durian berkenaan.
       beritaharian.my
  • Cerita Mana Satu Yang Benar? Hakikatnya, Kedua-Dua Cerita Di Atas Adalah Palsu. Gambar Naga Putih Yang Sama Didapati Turut Berlegar Di Laman Sosial "Sina Weibo" Di China.

      • 24f4Image via melvister.com
        Gambar naga putih ini turut berlegar di Sina Weibo.
      • C25bImage via melvister.com
        Gambar naga putih ini turut berlegar di Sina Weibo.
      • 8516Image via melvister.com
        Gambar naga putih ini turut berlegar di Sina Weibo.
  • Menurut Sumber, Ianya Hanyalah Sebuah Replika Yang Dibina Bertujuan Untuk Mewujudkan 'Prank' Di Laman Sosial. Mungkin Gambar Di Bawah Ini Akan Menjawab Segala Persoalan Yang Bermain Di Fikiran Anda.

      • 5415Image via blogspot.com
        Gambar menunjukkan replika naga putih yang dibina di China.
    • Laporan ini sebenarnya dipetik dari laman sosial The Wolrd Of Chinese yang menyatakan ia dijumpa oleh seorang lelaki di penempatannya. Lelaki tersebut menyangkakan ianya seekor burung, tetapi beliau terkejut apabila mendapati ianya seekor naga. Perkara tersebut mendapat perhatian apabila lelaki ini memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
       suaragenerasibaru.com

No comments

Powered by Blogger.