Isabel Preysler, Nenek Dari Filipina Masih Mempesona Walaupun Berusia 66 Tahun.. Anda Pasti Tak Percaya Rupanya Anak Lelaki Beliau Sangat diKenali Ramai


Isabel Preysler, wanita berasal dari Filipina ini masih kelihatan menawan walaupun usianya telah mencapai 66 tahun.

Selain kerana kecantikannya, perkahwinan dan kejayaan anak-anaknya membuat Isabel semakin dikenali di seluruh dunia.
Isabel telah memenangi beberapa pertandingan kecantikkan di Filipina di usia yang sangat muda sehingga ketika Isabel berusia 16 tahun, ibu bapanya membuat keputusan untuk menghantar Isabel ke Sepanyol dan tinggal bersama keluarganya agar dia tidak melangkah ke dunia hiburan.
Setelah tamat belajar, Isabel bekerja sebagai editor di majalah Hola yang merupakan salah satu majalah ternama di Sepanyol. Tugas pertama Isabel adalah mewawancara Julio Iglesias, seorang pemain bola sepak ternama yang baru sahaja menandatangani kontrak sebagai penyanyi. Setelah wawancara selesai, Julio mengajak Isabel untuk menonton sebuah konsert dan sejak itu mereka pun mula bercinta sehingga 9 bulan kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin.

Isabel dan Julio dikurniakan dua orang anak, seorang putera dan seorang puteri. Salah seorang putera mereka menjadi seorang penyanyi terkenal yang seksi dan kacak di kemudian hari. Ya, dia adalah Enrique Iglesias!
Ketika kerjaya Julio di dunia muzik semakin naik, semakin banyak pula gosip yang bersandar mengenai dirinya. Julio semakin jarang pulang kerana kesibukannya. Akhirnya pernikahan mereka terkandas pada tahun 1979.
Kesedihan Isabel tidak lama, pada tahun 198, dia berkahwin dengan Marquis Sepanyol, Carlos Falco. Setahun kemudian mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang juga berparas cantik, Tamara Falco. Namun demikian, perkahwinan ini juga tidak bertahan lama. Pada tahun 1985, Isabel dan Falco memutuskan untuk bercerai.
Isabel kemudian berkahwin untuk kali ketiga dengan bekas menteri kewangan Sepanyol, Miguel Boyer. Mereka dikurnia seorang puteri yang juga cantik luar biasa, Ana Boyer. Malangnya, kebahagiaan rumah tangga mereka berakhir apabila Miguel meninggal dunia pada September 2014 di usia 76 tahun.
Setelah Miguel meninggal, pelbagai gosip mengatakan Isabel dekat dengan orang-orang ternama dan terkenal. Sebagai tindak balas kepada gosip tersebut, Isabel memilih untuk diam. Nasib baik Isabel mempunyai anak-anak yang menemani dan menyokongnya, hanya Enrique yang jarang hadir di acara keluarga kerana kesibukannya.
Sehingga beberapa ketika, Mario Vargas Llosa, seorang novelis, penulis, ahli politik Peru yang baru saja mendapatkan hadiah nobel sastera pada tahun 2010, menyatakan cinta pada Isabel.
Semoga Isabel hidup bahagia dengan lelaki yang dicintai dan mencintainya dengan tulus hati.
Sumber: Buzzhand

No comments

Powered by Blogger.