Lepas Setahun Kahwin Masih Makan Nasi Putih, Kicap & Telur Goreng, Ini Respon Suami Anzalna


Kini sudah lebih setahun Anzalna bernikah dan mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Hanif Zaki.

Anzalna mendedahkan suaminya langsung tidak berubah dan tiada sikap cerewet.

Suaminya itu juga tidak memilih dari segi makanan apabila tidak menolak dihidangkan nasi putih dan telur goreng.

Kalau dapat nasi putih dengan telur, respon Hanif adalah bersahaja dan terus makan makanan tersebut tanpa sebarang complain.

Ini pendedahan Anzalna:

“Ada satu hari, saya buka peti ais cuma ada sambal Betty Rahmad. Saya goreng telur campur kicap. Suami saya boleh makan begitu saja.

“Dia sangat mudah untuk dijaga. Tak sedap pun dia melantak saja. 

“Saya suka masak tapi ikut mood. Hanif suka makan siput sedut tetapi susah pula untuk menghidangkannya,”

“Pernah suatu hari saya hanya menghidangkan nasi putih bersama telur goreng dan kicap.

“Tidak sedikit pun dia merungut mahu pun mengomel,” 

Untung Anzalna ada suami yang tidak cerewet ni. Suaminya pun untung ada isteri cantik macam Anzalna.

Apapun semoga pasangan ini sentiasa berbahagia dalam melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.