"Saya Suka Orang Kecam Saya, Macam Hero Hindustan.." - Dato Red


Dato Red mungkin boleh dikatakan semakin famous ekoran pernikahannya dengan penyanyi Adira dan terlibat dengan beberapa kontroversi.

Dato Red memang seorang yang suka membuat kenyataan di akhbar tentang kontroversi yang melandanya.

Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh suami si Adira ini malah pernah akui ingin berkahwin empat sebelum usia 40 tahun.

Yang terbaru, Dato Red akui seorang playboy sejak dari dulu lagi.

Ini komennya:

“Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

“Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta,”

“Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.

“Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu.”

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob.”

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.