Setelah Berkahwin Secara Mengejut Minggu Lalu, Ini Kenyataan Kali Pertama Dari Faye Kusairi


Faye Kusairi dan bekas suami Elly Malein iaitu Azmi Hatta telah selamat bernikah pada Ahad yang lalu.

Memang pernikahan mereka mengejutkan ramai pihak apatah lagi Faye ada membuat kenyataan menafikan perkara berkenaan sebelum ini.

Akhirnya setelah seminggu bernikah, hari ini Faye Kusairi telah tampil memberi komen.

Faye dan suami berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

Pelakon ini juga akan bekerja seperti biasa dan buat masa sekarang tiada perancangan untuk berbulan madu.

Ini komen Faye Kusairi:

"Suami berpesan doakanlah yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan terima kasih.

"Pada masa yang sama saya sebagai isteri akan bekerja seperti biasa. Manakala tentang batas ketika berlakon suami saya ada pesan juga seperti mana suami lain pesan kepada isterinya,”

"Mengenai bulan madu tu kami memang tak ada perancangan lagi sebab suami pun sibuk dengan kerja untuk drama yang akan keluar pada bulan Ramadan nanti. 

"Saya pun sibuk dengan persiapan untuk berlumba (race) juga,” 

Itulah komen dari Faye Kusairi.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.