Sweet betul ‘Beauty and The Beast Ni Kan...



”Tidak ada moral nak bercium dengan orang yang tengah sakit” Luah AuGustine Bayinz Individu yang merakam dan memuat naik gambar dua budak sekolah bercumbu di belakang Hospital Bentong Miri Serawak di laman media sosial facebook.

“Sweet betul ‘Beauty and The Beast’ ini yang sanggup buat perkara yang tidak sepatutnya di tempat orang sakit. Sudahlah masih memakai pakaian sekolah, tetapi dah berani buat begini di belakang tempat dialisis.

“Orang lain nak cuci buah pinggang, mereka berdua pula cuci mulut dan air liur. Nampak sangat lelaki itu lebih muda dari perempuan terbabit,” tulisnya.

Augustine kesal, anak-anak muda zaman ini tidak berakhlak menyebabkan ada yang sanggup menjual maruah diri demi keseronokan. 

Malah beliau tidak menolak gejala sosial ini berlaku berpunca dari pendedahan media sosial yang tidak terkawal menyebabkan golongan muda terpengaruh dan suka mencuba sesuatu yang baru sehingga mengadai akhlak mereka sendiri.

“Bukan nak menjatuhkan maruah mereka tetapi cuma nak bagi kesedaran bagi adik-adik yang masih bersekolah.

“Ibu bapa bersusah payah mencari rezeki halal untuk sekolahkan anaknya, tetapi dua manusia ini pula mensia-siakan usaha ibu bapa dengan melakukan perkara-perkara yang haram. Insaflah,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.