Tan Sri Cuba Rasuah Sultan Johor Berjaya Ditahan

Tan Sri Cuba Rasuah Sultan Johor Berjaya Ditahan|Putrajaya: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai terbabit cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung penganugerahan pingat dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapat perintah tahanan reman, 9.30 pagi tadi.
Lelaki itu berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga hadir ke mahkamah diiringi tiga pegawai SPRM.
Sebaik keluar dari kenderaan, lelaki terbabit dilihat menutup muka dengan baju yang dipakai dan terus dibawa ke dewan mahkamah.
Suspek berkenaan ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam selepas diarahkan menyerah diri kepada suruhanjaya itu.
Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat.
Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu SPRM mengadap segera supaya perkara berkenaan dapat disiasat.

No comments

Powered by Blogger.