Video: Mungkinkah Ini Iklan Paling Lucah Di Malaysia?

BUKAN hanya ‘menyakitkan’ pandangan malah tanpa segan silu cuba menyuntik jarum perosak ke dalam minda masyarakat.


Itu yang dapat dilihat menerusi perkongsian video daripada Nizam Rahman yang cuba menggunakan elemen LGBT dan seks keterlaluan sebagai mempromosikan produk pembesar payu daranya di laman sosial.
Dalam video berdurasi dua minit itu, Nizam yang sinonim melakonkan watak pondan dilihat berjalan dengan penuh seksi.
Kemudian seorang lelaki yang memandu kereta mewah di belakang cuba mengorat, namun sebaliknya hampa disebabkan payudara ‘wanita’ itu sangatlah kecil.
Maka, di sinilah bermulanya babak-babak kotor dan keterlaluan lucah di mana si pondan terbabit mula mengamalkan sejenis produk yang membolehkan payudaranya menjadi besar, mantap dan kenyal.
“Kau siap kau lepas ni kau datang carwash aku kau mesti meleleh air liur kau tengok aku punya te**k!” ujar pondan itu.
Kemudian lelaki itu sambil melakukan aksi gersang berkata: “Ini bukan perempuan hari tu ke? Eh beso siot te**k dia, oh my god!
Iklan tersebut bukan sahaja dikatakan bodoh dan kurang sensitiviti oleh netizen malah secara terang-terang cuba menghina agama dengan merendahkan maruah kaum wanita.
Sekaligus cuba mengaitkan persepsi memiliki payudara besar akan menarik pehatian lelaki, walhal ia sekadar mendorong nafsu lelaki untuk melakukan maksiat.
“Wanita kurang cerdik sahaja terpengaruh payudara besar akan menarik perhatian lelaki,” kata Nadia Kareem
“Makin bodoh si nizam ni. Pasal duit semua jadi kan. Ape kesialan iklan macam ni?” tulis Areynna Baharuddin.
“Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki ada lah haram, jadi halal ke rezeki tu.. berkat ke.. seram nya. Niat tak menghalal kan cara,”tambah Nor Aishah
Bagaimanapun, masih ada segelintir golongan yang kononnya berfikiran terbuka mengatakan ia sekadar teknik pemasaran dan lakonan semata-mata.
Bagi kami jika iklan berbaur lucah seperti ini dianggap remeh, maka tidak mustahil suatu hari nanti kita akan jatuh ke lembah yang paling ‘hina’.
Malu sahaja rasanya melihatkan pemikiran serta mentaliti kebanyakan usahawan tempatan yang macam dah tak ada modal nak melariskan jualan. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.