Video Nyawa Ibu Dan Anak Ibarat Telur Dihujung Tanduk.


Satu kes rompak dalam video viral terhadap tiga wanita yang berlaku baru-baru ini di dalam bus mini di jakarta timur benar-benar seperti aksi dalam filem.

Apatah lagi salah seorang mangsa wanita yang memiliki bayi turut menjadi sasaran perompak ketika itu, Suspek Yang dikenali sebagai Hermawan 28 Juga cukup nekat meletakkan pisau di leher mangsa hingga tiada siapa yang berani menyelamatkan mangsa yang dikenai sebagai Ibu Risma dan bayinya.

Kejadian itu bermula apabila Hermawan cuba merompak tiga  penumpang bus mini dengan menggunakan pisau.

Kata saksi Hermawan mengugut akan menikam mangsa jika wang dan Handphone tidak diserahkan dengan segera.

Salah seorang mangsa Isnawati enggan mengikut arahan  dan meminta pertolongan hingga menarik perhatian orang ramai.

Keadaan menjadi kalang kabut dan dua seorang mangsa berjaya melarikan diri ketika melihat suspek panik.

Keadaan semakin tegang apabila suspek meletakkan pisau di leher Risma dan bayinya Dafa Ibnu Hafiz.

Dalam keadaan itu orang ramai tidak mampu berbuat apa-apa hingga anggota polis sampai kelokasi kejadian

Risma hanya terdiam ketakutan sambil memeluk anak lelakinya dengan kuat.

Pihak polis cuba menenangkan suspek dalam percakapan yang cukup lama, walaaupun kena maki hamun pihak polis berjaya menembakkan tangan suspek yang berkebetulan memiliki jarak dengan leher mangsa.

Suspek yang tidak berdaya menjerit kesakitan terus diselamatkan oleh anggota polis dengan cepat.

Ini perkara gila yang pernah berlaku sepanjang saya bekerja sebagai anggota polis, keputusan cepat dan berani harus cepat dibuat kalau tidak ada risiko yang tidak bagus. katanya memberikan penjelasan berkait kes.

No comments

Powered by Blogger.