17 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Che Puan Juliana Evans Dan Tengku Shariffuddin Shah


Pelakon Juliana Evans kini secara rasminya sah bergelar seorang isteri.

Juliana Evans telah selamat bernikah dengan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj semalam.

Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijabkabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi.

Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Pasangan ini tidak mengikat tali pertunangan dan hanya terus melangsungkan akad pernikahan sahaja.

Majlis pernikahan diRaja ini berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

Kedua pengantin baru memakai baju putih yang amat cantik dan kelihatan mewah sekali.

Jom lihat koleksi foto sekitar majlis pernikahan Juliana Evans dan suaminya.

 















Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.