Jarang Lihat Bersama Suami, Perkahwinan Sedang Bergolak, Nabila Huda Tampil Buat Kenyataan

Jika dilihat di laman media sosial Nabila Huda, memang jarang dilihat wajah suaminya.

Oleh krana kurang berkongsikan gambar suami di laman sosial, ada pihak mendakwa rumah tangga Nabila Huda sedang bergolak.

Pelakon filem Munafik itu tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Nabila Huda telah menafikannya dakwaan itu dan menjelaskan mengapa kurang upload gambar suaminya.

Katanya, dia tidak mahu peminat muak kalau asyik menayang kebahagiaan di laman sosial.


Ini komennya:

“Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah”

“Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya,”


Itulah komen dari Nabila Huda.

Di Instagram miliknya, Nabila lebih banyak kongsikan gambar beliau bersama dengan anaknya, Keisha.

Semoga Nabila Huda dan suami serta keluarga bahagia selalu.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.