MR.BEAN ADALAH HERO DI ALAM NYATA YANG RAMAI TIDAK TAHU

Mr Bean Adalah HeroMr.Bean Adalah Hero Di Alam Nyata Yang Ramai Tidak Tahu

Apabila sebut nama “Mr.Bean” rata-rata manusia di planet bumi ini mengenali siapakah lelaki ini. Seorang yang bermuka lucu dan seringkali ditertawakan oleh ramai manusia di dunia ini.
Ini telah membuktikan kepada semua betapa berkesannya watak yang dimainkan Mr.Bean di dalam siri filemnya. Lihat sahaja wajahnya sudah berjaya membuatkan ramai tertawa walaupun beliau tidak lagi bercakap.
Mr.Bean atau nama sebenarnya Rowan Sebastian Atkinson sangat berbeza di alam nyata. Tidak seperti di dalam filem lakonannya yang dilihat sebagai seorang tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia.
Di alam nyata Mr.Bean adalah hero atau wira yang tidak didendangkan. Anda mungkin terkejut apabila membaca fakta-fakta ini. Teruskan membaca sehingga tamat…

Mr.Bean Selamatkan Pemandu McLaren F1

Pada 2014, Atkinson berkonvoi bersama seorang rakannya, seorang ahli perniagaan terkemuka di Amerika. Dalam perjalanan ke Tuscan, kereta McLaren F1 yang dipandu rakannya telah hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar berhampiran Pomarance, Italy. Kereta yang dipandu ahli perniagaan itu melambung dan terjatuh di tebing jalan yang agak curam.
Atkinson yang berada dibelakang rakannya itu sempat mengelak, lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan, dengan lantas pergi menyelamatkan rakannya yang terperangkap di dalam kereta tersebut. Pihak polis memuji tindakan pantas Atkinson dan menyifatkan dia seorang yang berani. Rakannya yang tercedera dikejarkan ke hospital dan disahkan cuma mengalami cedera ringan.
Beliau sangat optimis dalam bidang permotoran terutama sportcar dan beliau gemar berkonvoi ke acara-acara automotif sekitar eropah. Turut menjadi penulis dalam beberapa majalah automotif sperti Car, Octane, Evo, dan SuperClassics dan pernah tampil dalam rancangan automotif terkenal, Top Gear.

Mr.Bean Selamatkan Kapal Terbang Dari Terhempas

Bunyi seperti skrip drama lakonan Mr. Bean, namun ianya realiti yang perlu anda tahu. Kejadian pada tahun 2001 ini sangat dramatik apabila Rowan Atkinson menyedari juruterbang pesawat peribadinya itu pengsan dengan tiba-tiba. Beliau bertindak mengawal pesawat itu sendiri walaupun sebelum ini dia tidak pernah langsung tahu mengenai cara mengendali pesawat. 
Dia bersama isteri dan dua lagi anaknya dalam perjalanan ke Kenya untuk bercuti selepas beliau selesai penggambaran rancangan komedi terbitan BBC, Blackadder. Ketika menyedari juruterbang pengsan, dia cuba menampar dan mencurah air ke muka juruterbang, namun tiada sebarang respon.
Atkinson dan isteri membuat keputusan mengendali mengikut kata hati mereka. Lalu pesawat ringan jenis Cessna 202 itu mula terbang rendah dan perlahan-lahan mendarat kecemasan di kawasan belukar. Semua didalam pesawat itu selamat termasuklah juruterbang. Doktor mengesahkan juruterbang itu telah mengalami dehidrasi yang membuatkan beliau tiba-tiba pengsan di pertengahan jalan.
Beliau tidak memberitahu tentang nahas tersebut kepada media, tetapi hanya memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat sahaja. Atkinson sangat menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadinya. Seorang rakannya pernah ditanya oleh media mengenai kisah Atkinson, mereka menjawab ” Rowan tidak mahu berbicara tentang itu.”

Hampir Mati  Pada Tahun 1999 dan 2011

Atas sebab minat yang mendalam terhadap supercar, Atkinson menghadiahkan dirinya sebuah kereta jenis McLaren F1 bagi meraikan kejayaannya membawa watak sebagai Mr. Bean. Kejadian yang berlaku pada 1999 itu menyaksikan kereta bernilai £640,000 yang dipandunya itu hilang kawalan laiu terlanggar belakang sebuah kereta jenis Rover Metro. Dia terselamat namun berlaku kecederaan ringan.
Tiga tahun sebelum dia menyelamatkan rakannya dalam nahas jalanraya, Atkinson telah mengalami kemalangan jalanraya, juga melibatkan kereta kesayangannya itu. Pada 2011, kereta McLaren F1 beliau telah hilang kawalan setelah melalui jalan yang licin di Northamptonshire. Sisi keretanya telah merempuh sebatang pokok di bahu jalan. Sekali lagi beliau terselamat walaupun dengan sedikit kecederaan. Namun apa yang menarik ialah kos membaiki keretanya ialah sebanyak  £910,000, menjadikan ia kos membaiki paling tinggi di British.
Mungkin ada hikmah disebalik nyawanya yang terselamat dari kecelakaan yang berlaku sejak 1999. Walaupun begitu, Rowan Atkinson pernah menyelamatkan nyawa keluarga dan rakannya. Mungkin ramai yang mengenali Atkinson sebagai seorang pelawak, namun hakikatnya sebenarnya beliau adalah seorang wira yang tidak didendangkan. Sifat low profile yang ada dalam dirinya perlu dicontohi kerana resmi padi itu, makin berisi, makin menunduk.

Sumber: blogammar

No comments

Powered by Blogger.