Tolong viralkan!! Hampir 30tahun aku hidup ni kali pertama rasa benggang dengan makcik gerai makan ni

Tolong viralkan!! 
Hampir 30tahun aku hidup ni kali pertama rasa benggang dengan makcik gerai makan ni..
Memang saya sarankan orang ramai jangan sesekali cuba nak pergi gerai makan ni!! Nanti menyesal macam saya ni...nasib baik lah saya masih ada iman..boleh bersabar lagi.
Kisahnya macam ini...

Pada suatu hari, saya teringgin nak makan Murtabaq's cheese..yerlaa teringin nk mkn da mcm org gidam plak..pergi laa pusing2 dkt pt jawa sambil2 nk pergi beli ikan skli di pasar pt jawa, Terpandang plak gerai dpn pasar ada makcik tu jual Murtabaq's cheese...nak cuba lah Murtabaq's Cheese makcik tu...saya order Murtabaq's cheese 1, roti canai 1...
Punya lah sekejap tunggu dia orang masak sekejap je mungkin sebab mereka dah expert kowt!! Terperanjak Beruk saya..tak sampai 5minit dah siap makanan yang saya order...yang paling saya terperanjat masih panas-panas dan ber api-api lagi..huhuhu

Saya dengan gelojoh dan tanpa segan silu terus ambik Murtabaq's cheese dan makan kat gerai tuu kerana dah tak boleh tahan nafsu lapar bau aroma.. belum sempat abis sy oder lg sekeping Murtabaq's cheese..
Yang buat saya bengang ialah Rasa Murtabaq's cheese dia yang lembut dan di sulami dengan limpahan cheese didlm mulut yang betul-betul sedap xterkata... Dah laaa sedap, Roti canai pun lembut sgt!!...saya makan sampai Buncit perut!!Arghhh tension saya dibuatnya...

Selesai sudah makan semua...saya pun pangil pelayan dia suruh kira berapa semua...Terperanjat saya!! Saya ingat dia salah Kira! Saya suruh dia ulang kira berapa harga Murtabaq's cheese ni.. dgn roti kosong..
Dia cakap macam ni lebih kurang
"Abang...

Murtabaq's Ayam Cheese rm 3.50,
Murtabaq's Ayam rm2.50,
Roti kosong rm0.70
Roti telur rm1.60
Roti sardin rm2.60

saya cakap dalam hati saya
"dah lah murah, sedappppp pulak tuuu"


Sy apa lg siap oder bungkus Murtabaq's cheese 5 keping nk bg emak ayah adik2 kt rumah tu..

Sekarang saya dah betul-betul menyesal kerana tiap-tiap pagi saya rasa nak pergi gerai dia orang mkn Murtabaq's cheese dia orang, dia orang bukak setiap hari Isnin,Selasa,Khamis,jumaat,Sabtu dan Ahad.. dari Jam 7.00 pagi sampai 12.00 tengahari..

Korang yang belum pernah makan, baik jangan pergi makan seblum korang menyesal macam saya...saya sekrang bukan hanya dapat jimat duit...malah dapat menaikkan berat badan saya..menjadi lebih Buncit,Chubby dan Hemsem...hehehe..

Abg Sado - Pt jawa, Muar, Johor.

No comments

Powered by Blogger.