Usahawan kuih bakul yang merupakan orang kurang upaya


KUALA BERANG, 20 Mei (Bernama) -- Usahawan kuih bakul yang merupakan orang kurang upaya, Haziqah Nurul Huda Harun, 21, diangkat menjadi Ikon Belia Negeri Terengganu 2017 pada Hari Belia Negeri Terengganu.
Anugerah dan hadiah berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat dan Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.
Haziqah atau nama mesranya 'Yaya' berterima kasih dengan angerah yang diberikan kepadanya dan ia menjadi kenangan manis dalam hidupnya.
"Alhamdulillah walaupun saya tidak seperti orang lain, saya tidak menjadikannya sebagai satu penghalang untuk saya mengecapi impian seperti orang lain," katanya di sini hari ini.
Beliau kini berhasrat mengembangkan lagi bisnesnya ke peringkat tertinggi dan ingin mempunyai pekerja tetap kerana tempahan diterima sentiasa meningkat terutamanya menjelang Tahun Baru Cina ...
SUMBER: Bernama
Foto by: Ku Azrul

No comments

Powered by Blogger.