Video : Ibu jadi "setan" hempuk anak kecil hingga terpelanting dalam pasaraya

SEORANG kanak-kanak perempuan dihempuk dengan tas tangan oleh ibunya gara-gara kesalahan kecil menghilangkan sebungkus coklat yang dibeli.

Video itu dipercayai dirakam di sebuah pasar raya di Thailand berdasarkan pada suara yang kedengaran dalam rakaman tersebut.





Namun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan secara terperinci oleh pentadbir laman Facebook yang berkongsi klip tersebut.

Di dalam video itu si ibu dilihat tegar memukul anak perempuannya dengan tas tangan dibawanya sehingga kanak-kanak itu terpelanting dan terjerupuk di atas lantai premis tersebut.

Wanita itu juga dilihat mundar-mandir mencari coklat yang hilang sambil membebel memarahi anaknya itu, malah kedengaran si kecil itu menyebut perkataan ‘Milo’.


Rata-rata orang awam yang berada di situ tidak berani untuk campur tangan dan hanya memandang sepi wanita itu memperlakukan kanak-kanak itu sebegitu.

Video berkenaan ditonton lebih 16,000 sejak ia dimuat naik dan rata-rata netizen bengang dengan perlakuan wanita itu yang sanggup bertindak kasar terhadap anaknya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.