Al fatihah untuk adik ku Hafiz .. Dia antara 6 pelajar Tahfiz maut Van dinaiki rempuh rumah (5Gambar)

Kuala Krai : Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa 18' merupakan salah seorang yang maut dalam tragedi pagi jumaat yang mulia apabila van yang dinaiki 14 pelajar tahfiz terbabas dan rempuh rumah yang menyebabkan 6 dari mereka maut sersepit.

Luahan sayu kakak arwah Hafiz iaitu Nurzulaikha Mustafa dilaman sosialnya:




Al fatihah uk adikku syg
Allah syangkn kamu
Di bulan ramadhan dik
Di hari jummat dik.

Dalam luahan itu Zulaikha sertakan dengan foto bersama arwah adik nya Hafiz di Majlis khatam Quran pada 16 March lalu. 

Apa yang berlaku mengejutkan dirinya dan keluarga adik nya pergi sekelip mata di hari ke 6 ramadhan ternyata Allah lebih sayang kan arwah Hafiz.

Dalam pada itu akhbar melaporkan setakat ini 6 disahkan meninggal dua dalam tragedi malang itu, sebentar tadi mangsa ke 6 yang parah selepas van merempuh rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai, hari ini meninggal dunia menjadikan keseluruhan enam mangsa maut.
Ahmad Farhan Zulkifli, 14, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.
Dalam kejadian 9 pagi tadi, lima pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van dinaiki 14 pelajar tahfiz dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu.
Katanya, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian van berkenaan terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.
Senarai pelajar yang meninggal dunia:
1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
2. Muhamad Rahman Rozali,17
3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14
5. Sarifuddin Muhammad, 14
6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14

Semoga roh arwah Hafiz dan rakan-rakan dicucuri rahmat dan semoga seluruh kelurganya tabah sayu melihat jasad-jasad bergelimpangan ditempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai, Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib.Al fatihah 
Sumber: berita-sayu

No comments

Powered by Blogger.