'Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi'- Bazli UNIC





"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku..."

Demikian tulis Bazli Hazwan dari kumpulan UNIC dalam status di instagram sekali gus mengesahkan berita pemergian anaknya Mohd Syahid.

Status yang dimuat turun pagi ini turut dihujani ucapan takziah dan doa agar anak ini ditempatkan di syurga.

Melaungkan nama anaknya sewaktu kemenangannya dalam pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza baru-baru ini, Syahid berjuang melawan kanser kalenjar tahap 3 sejak Januari lalu.

Dalam pada itu lima hari sebelum ini Bazli sempat berkongsi perkembangan anaknya berserta foto yang memaparkan keadaan Syahid yang lemah.




" Harini syahid bnyk tido.. Xd aktiviti pape. Petang td bc Quran sikit then tetido. Bdn dia agak lemah rni. Masih lgi demam 38.1 suhu. Misi dtg cek badan pun dia pasrah je. Tgk youtube kejap tertido huhu.

"Bertabahlah bertahanlah wahai anak. Tiub saluran yg kt hidung tu terus masuk ke perut syahid. Ayah masukan madu, zamzam bersulam doa kasih sayang dalam tu."

Takziah buat Bazli dan keluarga. Sama-sama kita sedekahkan al fatihah dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

Sumber: Instagram Bazli UNIC

No comments

Powered by Blogger.