Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram?

HA, siapa pulak lah yang buat Che Ta bengang ni… Tak pasal-pasal pelakon glamor ni dah mengamuk kat Instagram (IG) dia.


Menerusi muat naik foto di IG -nya, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan mengatakan individu dalam gambar tersebut sering kali mengganggunya dengan panggilan sayang.
Tak tahan sering diganggu, Che Ta akhirnya mengambil keputusan ‘menghamburkan’ kemarahannya itu dengan memuat naik gambar wanita yang berpenampilan seperti lelaki itu.
“Allah dah bagi kau jadi pompuan nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kacau bini orang! Kau nak jadi apa sebenaqnya? Jadi syaiton ka? Dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan posa ni muhasabah diri!
“Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau! Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq ala-ala jantan kau dik,” tulis Che Ta.
Menerusi komen yang ditinggalkan followers ibu Aaisyah Dhia Rana ini, mereka mengatakan individu yang dimaksudkan itu merupakan seorang penyanyi baharu, Delladellon yang pernah tampil dengan single Persia
Sumber – MYNEWSHUB

No comments

Powered by Blogger.