Gambar Terakhir Seorang Ibu Selepas Melahirkan Bayinya Sebelum Beliau Meninggal Dunia 24 Jam Kemudian..



24 Jam Terakhir…Sarah Bertrand kelihatan amat lega ketika mengendong anak keduanya itu. Perjuangan hamil selama 9 bulan akhirnya sudah berakhir. Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.


Tapi, siapa sangka… masa untuk Sarah bersama-sama dengan si manja yang baru lahir itu amat singkat. Semuanya tanpa diatur. Sarah meninggal dunia di hospital setelah 24 jam bersalin.

Sehari selepas foto ini diambil, Sarah tewas setelah diserang oleh sejenis penyakit gumpalan bakteria dalam paru-paru yang menyerangnya secara tiba-tiba.

Jantung Sarah tidak lagi berdenyut. Beliau tewas dalam pertarungan ini dan meninggalkan anak-anak dan pasangannya.

Peristiwa yang menggemparkan keluarga

Sedangkan, semasa kehamilan, Sarah terbukti sihat! Beliau tidak menghidap sebarang penyakit. Malah, beliau juga tidak menghadapi proses bersalin yang penuh dengan komplikasi. Semuanya tenang saja.

Oleh sebab itu, seluruh keluarga beliau amat terkejut apabila Sarah menghadapi komplikasi jangkitan dan meninggal dunia.

Beliau berasal daripada Moss Bluff, Louisiana, Amerika Syarikat. Hanya foto ini yang menjadi kenangan buat keluarga, pasangan dan anak-anak Sarah selepas pemergian yang tak diduga ini. 

Bayi yang baru lahir itu diberi nama Julian Charles Montou. Bertabahlah, wahai si kecil. 

Pasangan Sarah, Jean-Luc Montou masih belum pulih dari “kejutan” yang dia alami selepas pemergian isteri tercinta.

Dia dipetik mengatakan –

“Aku masih ternampak Sarah dengan ekspresi mukanya… Dia berbangga dan amat terharu ketika mengendong anak lelaki kami“.

Berikut adalah petikan kiriman post Jean-Luc menerusi akaun Facebooknya.

Still doesn't even feel real. It just happened within moments and she was gone. I loved this woman so much and there was no warning. She was so happy to have little Julian. I miss her so much.


Dapat dilihat betapa sukar lelaki mahu menerima hakikat yang amat pahit untuk ditelan ini. 

Sarah telah meninggalkan dua orang anak, iaitu Jane dan Julian. Ketika ini, Jean-Luc lah yang menguruskan semua keperluan anak-anaknya.

Bagi mengatasi kekecewaan dan kemurungan yang mungkin akan dihadapi, Jean-Luc menjalani terapi psikologi untuk mengawal kesedihannya. Jane, anak sulung mereka seakan-akan memahami kesedihan bapanya.

Baru-baru ini, Jean-Luc telah membuka sebuah akaun derma untuk keluarga dan anak-anaknya di laman web sumbangan Go Fund Me.

Semuanya kerana mereka sekeluarga tidak memiliki sebarang insurans untuk membayar kos bersalin di hospital. Di laman web itu, Jean-Luc hanya ingin mengumpul sejumlah USD 8,000 saja.


Akan tetapi, sifat murah hati daripada penduduk seluruh dunia telah meringankan beban bapa malang ini. 

Hingga kini, akaun tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak USD 25,945 dalam masa 25 hari!

Dengan wang yang terkumpul, Jean-Luc berjanji untuk mendidik anak-anaknya dengan sehabis baik. Hal itu juga dilakukan demi menghormati mendiang isterinya yang terkorban.

“Rasanya dunia ini gelap dan murung tanpa Sarah. Aku rasa sungguh tak adil. Sakitnya… Aku tak tahu bagaimana ingin menjalani semua ini tanpa Sarah“, esak Jean-Luc dalam diam.

Kes meninggal dunia selepas bersalin memang kerap kali berlaku. Ia tak kira di negara mana. Sama ada negara yang sedang membangun ataupun negara yang memang sudah maju. 

Terdapat pelbagai sebab mengapa si ibu bertarung nyawa selepas bersalin. Apa yang pasti, ibu adalah insan istimewa yang sanggup bergadai nyawa demi melahirkan anak yang tercinta.

Salute, pada semua ibu di luar sana!

Sumber rujukan: Facebook Jean-Luc dan akaun Go Fund Me

No comments

Powered by Blogger.