Kecoh Di Set MeleTop, Neelofa Hilang Apabila Fattah Amin Dan Fazura Hadir Sebagai Tetamu


Semalam Fattah Amin dan Fazura muncul di program hiburan MeleTop untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Program ini kebiasaannya diacarakan oleh Neelofa dan juga Nabil.

Namun apabila Fattah Amin dan Fazura hadir sebagai tetamu, Neelofa dan Nabil langsung tidak kelihatan.

Pengacara program MeleTop semalam ialah Siti Nordiana dan juga Imam Muda Asyraf.

Umum mengetahui Nabil telah berangkat ke Mekah menunaikan umrah, namun punca Neelofa tidak hadir tidak diketahui.

Ramai bertanya dimanakah Neelofa, ke mana menghilang?

Tindakannya itu yang tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP dikecam orang ramai yang menganggap dia tidak profesional.

Geng-geng "FattZura" terus mengecam tindakan Neelofa itu dan memberi komen negatif di laman media Instagram.

Sehingga kini Neelofa masih lagi tidak memberi sebarang respon dan ulasan tentang isu ini.

Dikatakan mereka berdua memang ada merancang bercuti pada minggu ini.

Ada mengatakan Neelofa pergi ke umrah, namun sehingga kini ada mendakwa dia masih di Malaysia.

Bukti Neelofa masih di Malaysia adalah melalui "update insta story" nya yang menunjukkan dia ada bersama Nabila dan berada di tanah air.

Apapun, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton.

Mereka berdia amat hebat sebagai pengacara dan dikatakan lebih tenang dan segar untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.