Muatnaik Gambar Bacon Untuk Hina Muslim Tetapi Akibatnya…

Hari ini genap tujuh hari bagi golongan Muslim berpuasa pada Ramadan tahun ini dan dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti beribadah serta menjadi satu semangat untuk orang ramai melakukan perkara-perkara yang positif dan meraih ganjaran yang baik.
Namun begitu pengguna Twitter bernama George McIntyre yang berasal dari Amerika Syarikat telah memuat naik gambar bacon yang sedang digoreng dengan captionnya Happy #Ramadan!!
/
Bahkan George turut memberi ucapan dengan menulis Ramadan dalam tulisan Arab dengan tujuan untuk mengoda orang ramai dengan gambar makanan.
Apakah yang anda rasa apabila ada orang menggunakan gambar bacon untuk ucapan Ramadan? adakah marah ataupun geram dengan provokasi seperti itu?
Nampaknya Ramadan kali ini ramai orang membalas ucapan George tersebut dan akibatnya warga Muslim yang lain telah berkongsi pelbagai makan yang menyelerakan dari negara masing-masing.
Ramai yang menganggap gambar yang dikongsi George hanya satu gurauan dan tidak terlalu serius walaupun tahu bacon tersebut adalah tidak halal.
Pelbagai makanan ditweet kepada George dan ramai yang komen apalah sangat bakon tersebut kerana mereka mempunyai makanan yang lebih menyelerakan.
Seorang pengguna Twitter, @HasifHaha turut membalas tweet tersebut dengan gambar pelbagai makanan Malaysia seperti nasi kerabu, laksa, budu serta kuih-muih dengan caption “I think we’re good, Salam Ramadan Al Mubarak”
Nota: Bagi yang belum mengetahui kebiasaannya bacon adalah bahagian daging babi yang sering digunakan untuk masakan barat.

Sumber: vitdaily

No comments

Powered by Blogger.