(PENGUMUMAN MENGEJUTKAN) Dato Vida Tidak Akan Muncul Di TV Lagi Selepas Ini


Ini memang satu perkara yang mengejutkan ramai. Pengusaha dan jutawan kosmetik, Dato Seri Vida (DS VIDA) membuat kenyataan tidak akan muncul di kaca TV lagi selepas ini.

Ini dikatakan kerana DS Vida makan hati dengan kecaman orang ramai terhadapnya secara berterusan apabila kerap muncul di TV sebagaio penaja.

Kini DS Vida sedang mempertimbangkan untuk melepaskan sebahagian saham syarikatnya.

Dato Vida  akan melepaskan sebahagian saham syarikatnya kepada tauke baharu yang boleh memuaskan hati orang ramai dan tauke itu juga kan bertanggungjawab untuk memasarkan produk.

Ini komen DS Vida:

TAK NAK MUNCUL DI TV LAGI

"Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni.

"Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini,"


"Nak puaskan hati mereka yang mengata, saya tak payah muncul depan TV dah. Biar "tauke" baru je yang buat kerja.


"Kita tengok adakah industri hiburan tetap meriah dan tak perlukan saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas,"


BISNES MAJU,  MAHU TAUKE BARU AMBIL ALIH

Bisnes milik DS Vida kini sedang maju dan tiada masalah cuma dia hanya tauke baru sebagai orang yang boleh jalankan bisnesnya manakala DS Vida akan duduk di belakang tabir.

Justeru, Vida menggesa mana-mana individu yang berminat supaya tampil dan berunding dengan beliau mengenai perkara itu.


"Bisnes tak ada masalah, dah maju dan lancar. Cuma sekarang saya perlukan tokay baharu yang hanya perlu run bisnes saya," 

"Siapa yang nak beli saham saya tu sila tampil supaya saya boleh berehat dan anda boleh ke depan. Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya,"


DIKECAM GEDIK, DATO VIDA TERLUKA

Menurut DS Vida lagi, anatar puncanya dia bertindak demikian adalah kerana kecaman orang ramai yang mempertikaikan 'kegedikannya'.

Ternyata ianya telah meninggalkan luka yang amat dalam di hatinya.

Jutawan ini  ternyata masih merajuk dan kini mengambil pendekatan untuk tidak membuat kemunculan di televisyen.

Ini komennya:

"Kutukan itu buat saya terasa sampai ke tulang hitam. Walaupun saya nampak kuat tapi saya hanyalah manusia biasa. Saya ada hati dan juga perasaan.

"Kutuk dengan kritikan yang membina tak apa, tapi kutukan itu terlalu menyakitkan. Untuk memasarkan jenama produk, saya kenalah expose diri, dengan cara itu orang akan ingat produk Qu Puteh,"


"Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV. Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa.


"Buat masa ini saya hanya mahu banyakkan amal ibadah. Dengan cara ini sahaja mampu buatkan jiwa saya tenang,"


Itulah kenyataan panas dan terbaru dari Dato Seri Vida.

Antara rancangan terakhir yang menampilkan jutawan kosmetik ini adalah di rancangan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) yang mana dia menjadi penaja utama.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.