Ini Respon Dari Jejaka Anime Apabila Didakwa Menipu Edit Wajah Guna Aplikasi.. Buat Ramai Terkejut !!



Telah menjadi viral di laman media apabila seorang wanita membuat pendedahan yang amat panas tentang lelaki berwajah anime.

Lelaki berwajah anime iaitu "Miyyo" menjadi tumpuan apabila rakannya bernama "Bella Barbie" telah tampil mendakwa lelaki itu menipu.

Kata Bella, wajah Miyyo tidak seperti di dalam gambar kerana Miyyo hanya menggunakan penyuntingan aplikasi untuk menampakkan wajah anime.

Ekoran itu, melalui akhbar Metro, Miyyo akui kini dalam keadaan tertekan dengan dakwaan tersebut.

Ini komennya: (HarianMetro)

“Saya tidak mahu membesarkan perkara ini kerana sudah terlalu banyak penghinaan yang diterima sejak gambar wajah saya menjadi tular kira-kira sebulan lalu.

“Macam-macam orang dah kutuk saya termasuk kata saya menipu. Kalau saya ni penipu tak perlulah saya jelaskan apa-apa di sini. Haters tetap kata mereka betul.

“Saya tak minta untuk ditularkan dan tak minta perhatian orang ramai. Bila kamu sudah publisitikan saya, sekarang nak cakap saya menipu.

“Bagi saya masa dan ruang untuk tenangkan hati. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan,”


Miyyo kemudian tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang dakwaan Bella itu.

Dia juga tidak mahu menjelaskan hubungannya dengan Bella kerana baginya itu isu peribadi dan tidak mahu mendedahkan kepada umum.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.