Mak Aih, Terserlah ‘Aset’ Uqasha! Selamat Hari Lahir

PENAMPILAN aktres jelita, Uqasha Senrose bukan sahaja menarik perhatian pelbagai pihak, malah kemunculan dirinya turut jadi bahan terutama dalam kalangan golongan lelaki ‘bermata keranjang’.

Terbaharu video rakaman pelakon berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi tular menerusi media sosial bukan kerana keadaan dirinya tidak lagi berhijab berbanding lakonannya dalam kebanyakan drama televisyen tempatan.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen itu ‘dipuji’ ramai netizen lelaki kerana dia tampil anggun sehingga menyerlahkan lagi susuk bahagian buah dada kanan dirinya yang agak menonjol.
Bayangkan sebaik sahaja video asal yang berdurasi 44 saat itu dimuat naik ke laman maya, ia sudah pun ditonton lebih 172,000 kali dengan ratusan tanda ‘suka’ selain menduduki tempat keempat paling trending semalam.
Mak Aih, Terserlah 'Aset' Uqasha! Selamat Hari Lahir
Topik ‘aset’ semula jadi yang dibelanjakan Uqasha itu turut menjadi bahan perbincangan hangat kaum Adam dengan ramai dikatakan cuba meneka berapakah saiz bra dipakai aktres tersebut berbanding kisah panas lain.
Mynewshub difahamkan, rakaman amatur secara spontan tanpa dirancang itu dilakukan di sebuah pejabat organisasi media tempatan di Shah Alam, Selangor sempena hari lahir Uqasha yang ke-25 tahun pada 5 Julai.
Uqasha yang kelihatan ceria teruja waima agak terperanjat itu bagaimanapun menjelaskan bahawa hari lahir dia sebenarnya jatuh pada keesokannya ketika diminta berucap selepas dinyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir!‘.
Alahai, fantasi orang lelaki kalau sudah ‘miang’ memang fikir imaginasi benda yang bukan-bukan. Terpulanglah kepada persepsi ‘iman’ masing-masing kerana kecantikan itu sendiri adalah isu subjektif! – Mynewshub.cc/HAA

No comments

Powered by Blogger.