Picit Alat Sulit Bapa Mertua Hingga Meninggal

SEOARANG wanita telah didakwa membunuh bapa mertuanya dengan memicit alat sulit lelaki berkenaan hingga pecah ketika lelaki itu cuba meleraikan pergaduhan antara wanita terbabit dengan suaminya yang juga anak lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah kampung di Saitola, India.
Ketika itu, Anima Kharia mengamuk dengan suaminya, Bhairaw Kerketta kerana terlibat dalam pertandingan sabung ayam.
Bhairaw telah kalah menyebabkan dia terpaksa memberikan ayam itu kepada pemenang pertandingan terbabit.
Ia mengakibatkan Anima mengamuk dan bergaduh dengan suaminya.
Bapa mertuanya, Gau Kerketta, cuba meleraikan mereka namun Anima, yang berusia dalam 30-an telah memicit alat sulit lelaki itu. Dia meninggal dunia serta merta.
Anima dalam keterangan kepada polis mengaku salah namun memberitahu insiden itu berlaku secara tidak sengaja, bukan dengan niat. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.