VIDEO: Pelanduk Dua Serupa Mr. Bean Curi Perhatian Murid Di Miri!

Lebih 1,000 murid daripada dua buah sekolah di Miri, Sarawak telah dikejutkan dengan kehadiran Faiket Luari, (lelaki yang memiliki wajah seiras dengan Rowan Atkinson) atau lebih dikenali sebagai Mr Bean kelmarin.
Sesi pagi bagi kedua-dua sekolah berkenaan terus bertukar meriah dengan kehadiran Luari, yang mampu meniru pergerakan lucu Mr Bean, termasuk kemahiran dalam melukis karikatur pelakon dan pelawak filem yang terkenal itu.
Seramai 306 murid di SK Sri Mawar yang duduk di ruang terbuka sekolah itu turut terpaku di tempat duduk mereka.
Sementara itu video berdurasi 7.42 minit juga telah dirakam dan dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey


Mr bean Miri.Kubah ngah Mato Daro, nuan gak kah ingas2 mrBean.. Sila tag jika ada kawan2 anda iras2 MrBean.
Posted by Matu Daro Samah T3lo Debey on Tuesday, 4 July 2017
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui kagum dengan bakat yang ada pada lelaki itu kerana bukan mudah untuk sesorang meniru gaya dan mempunyai mimik muka sama seperti Mr Bean.

@Tglina Tghashim: “Sama gayanya… peminat tegar agaknye ni, rupa hmpir sama la”
@Matthew Yeong How: “Boleh ka siapa siapa kaaaa tag mr bean original masuk sini? Supaya dia nampak kembar nya”
@Faez: “Tengok ini perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean.”
@Amirah Dyiana: “Hahahah comei gila dia. Berapa tahun praktis ni untuk dapat gaya dan mimik muka seperti Mr.Bean.”
@ Sajidah HV Hobie: “tolong bawa mr.bean ni ke sekolah kitaorang”
Namun kehadiran Mr Bean ke sana adalah susulan satu projek tanggungjawab sosial korporat untuk mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.

Sumber: hotfm

No comments

Powered by Blogger.