Anniversary terakhir .. isteri anak maut Navara terjunam ke paya di rempuh Triton (10Gambar)

Jempol : Hancur luluh hati seorang suami melihat isterinya maut didepan mata dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes petang semalam.

Mengikut sumber mereka dalam perjalanan pulang bercuti dari Pahang sempena Anniversary ke13 tahun pasangan ini pada 08 Agos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan Nordiana Nordin, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala suaminya pemandu pacuan empat roda Nissan Navara berusia 30-an, cedera ringan.



















Siasatan awal pihak Polis mendapati sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dari arah Keratong, dipercayai merempuh kenderaan mangsa dari arah belakang.

Katanya, kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua lagi kereta di laluan sama.

Lapan yang lain iaitu pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan cedera ringan dalam kejadian itu, manakala anak perempuan dan lelaki mangsa agak kritikal selepas diselamatkan.

Namun pada pukul 8.30 malam tadi anak perempuan mangsa menghembus nafas terakhir di Hospital Jempol impak dari kemalangan itu, manakala anak lelaki mangsa mungkin akan di Hantar ke Hospital Kuala Pilah akibat patah.

Suasana pilu ditempat kejadian melihat suami tidak dapat menahan kesedihan melihat jasad kaku isteri yang terbujur kaku, ini merupakan Anniversary dan percutian terakhir mereka sekeluarga isteri dan anak perempuan telah dijemput ilahi buat selamanya. Al fatihah

Sumber: beritasayu

No comments

Powered by Blogger.