Jangan harap Real Madrid



LIVERPOOL akan menjadikan Mohamed Salah sebagai pemain utama mereka pada masa akan datang, sekali gus menolak sebarang minat daripada Real Madrid terhadap pemain itu.

Salah mempunyai baki empat tahundalam perjanjian £90,000 (rm490,663) seminggu yang ditandatanganinya ketika tiba dari Roma pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, Liverpool mengkaji semula perjanjian itu dan berhubung rapat dengan ejen pemain itu, Ramy Abbas.

Minat Real Madrid terhadap pemain terbaik PFA itu jelas ditunjukkan pada Disember lalu, semasa ketua jurulatih Zinedine Zidane bercakap mengenai pemain itu di Kelab Piala Dunia.

Pada masa itu, nilainya hampir kepada £100 juta (RM545.17 juta) tetapi kini ia semakin berpotensi untuk mencecah hampir £200 juta (RM1.09 bilion).

Selepas menjaringkan 43 gol musim ini, Salah menjadi ikon Anfield dan salah satu bintang terbesar dalam bola sepak dunia.

Namun Liverpool menjelaskan selepas mereka mengalahkan Watford pada Mac lalu bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang pendekatan untuk Salah sejak itu, dan pemain itu telah menjaringkan tujuh kali dalam enam penampilan terakhirnya, termasuk dua kali menentang Roma, sekali gus menguatkan keputusan mereka. – Mail Online UK

No comments

Powered by Blogger.