Ayam seekor RM0.88 Sen! - Lihat video penuh apa yang berlaku di ST Rosyam Mart
loading...
Siapa yang tidak kenal dengan aktor popular, Datuk Rosyam Nor yang kini telah pun membuka sebuah pasaraya yang dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Pasaraya yang beroperasi hampir 24 jam ini menarik perhatian pengguna apabila hampir kesemua barangan dijual dengan harga yang berpatutan.
Terbaru, pasaraya ST Rosyam Mart menawarkan harga betul-betul kaw dengan menjual seekor ayam hanya RM0.80 sahaja.
Bukan sahaja menawarkan harga ayam yang murah, pemilik produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini juga menawarkan potongan harga yang meletop seperti nenas, kway teow dan juga mee dijual dengan harga RM 0.18 sahaja.
Nak tahu apa lagi barangan yang dijual dengan harga yang tak masuk akal ini. Jom saksikan ini.
Jika dilihat pada harganya semestinya menjadi kegilaan ramai. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan jualan sale gila-gila di ST Rosyam Mart.
Setiap barangan akan berakhir dengan tarikh sale yang berbeza-beza tau.
hari ini bermulalah hari yang ditunggu-tunggu oleh penduduk yang ingin membeli ayam serendah RM0.88 seekor namun lihatlah bagaimana keadaan pasaraya Rosyam Nor ini
loading...
Post a Comment