Gadis parah ditetak lelaki.. kerana perkara ni je kot, dah hilang perikemanusian jantan ni
loading...
Dalam kejadian jam 9 malam di Bireun, Aceh, Indonesia, muka mangsa, Firda Maisura Tarmizi, 18, ditetak suspek dengan pisau menyebabkan luka parah dari pipi kiri ke kanan yang turut membelah hidungnya.
Mangsa sempat berjalan sejauh 100 meteri untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak berdaya dan terjatuh di tepi jalan sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam Isnin di Jalan Desa Beunyot dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.
Menurut keterangan mangsa kepada pihak polis, Firda mendedahkan mukanya ditetak oleh bekas teman lelaki yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk berpisah.
“Pada malam kejadian, saya keluar membeli barang. Di pertengahan jalan, dia memberhentikan saya dengan alasan mahu berbincang mengenai hubungan kami, tetapi saya menolak.
“Dia kemudian bertindak agresif dengan menarik tangan saya sehingga terjatuh. Saya cuba melawan, tetapi dia mengeluarkan pisau dan terus menetak muka saya sebelum saya terus tidak sedarkan diri,” katanya.
Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengambil keterangan dari rakan-rakan suspek untuk membantu mengesan suspek yang telah menghilangkan diri sejak kejadian itu.
loading...
Post a Comment