GEMPAR: Saintis barat sudah berjaya cipta “HAARP” yakni kuasa Dajjal untuk kawal kemusnahan dan kejadian alam

loading...
Antara sedar atau tidak, dunia sekarang sudah tidak selamat lagi. Kebelakangan ini, begitu banyak gempa bumi, banjir besar, taufan dan lain-lain bencana melanda di seluruh dunia.
Malaysia yang dikatakan negara paling selamat juga terkena tempias tsunami dan gempa daripada negara jiran. Ketika gempa bumi pada 26 Disember 2011 yang mengakibatkan tsunami telah menggegarkan bumi Malaysia buat beberapa saat. Bagaimana ia boleh menjadi bergitu ekstrim? Adakah bumi sudah uzur atau ada dalang yang menyebabkan ia berlaku?
HAARP penyebab kemusnahan di seluruh dunia?
Isu konspirasi HAARP hangat dibincangkan di internet di seluruh dunia. Namun, di Malaysia ia bagaikan suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mungkin ramai belum sedar betapa isu konspirasi HAARP mungkin akan menggegarkan buat berapa ketika nanti sepertimana isu fenomena Supermoon beberapa minggu yang lalu.
HAARP yang dikatakan bertanggungjawab dengan pelbagai bencana alam telah membangkitkan kemarahan beberapa negara di dunia seperti China, Venezuela serta Rusia. Namun, pembina teknologi HAARP iaitu Amerika Syarikat mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka tidak pula mengia apatah lagi menafikan isu berkaitan HAARP ini.
Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dengan gempa bumi Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama. Bergitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya kepada umat manusia seluruh dunia
Apa itu HAARP?
HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Aurora Research Program. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP dan IRI
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
(Gambar diatas menujukkan Atenna Haarp di Alaska)

Kemusykilan berkaitan HAARP

1. Fenomena Chemtrail
Pemancaran denyutan berfrekuensi tinggi ini dikaitkan dengan pelbagai bencana alam seperti banjir besar, taufan dan gempa bumi. Peralatan HAARP yang sehingga ke hari ini masih lagi misteri melainkan IRI telah juga menyebabkan satu fenomena pelik di angkasa iaitu fenomena Chemtrail atau dikenali sebagai Jejak Kimia.
Chemtrail adalah fenomena yang mengaitkan sesuatu bencana alam dengan konspirasi HAARP. Chemtrail dikatakan berlaku apabila sejenis semburan bahan kimia sengaja disebarkan melalui jet udara beraltitud tinggi. Pengkaji konspirasi mengaitkan ia dengan tindakan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kawalan populasi, kawalan cuaca dan perang biologi.
Bukti Chemtrail yang bertujuan untuk mencetus bencana alam turut dijelaskan daripada segi ilmiah oleh beberapa pengkaji teori konspirasi. Mereka turut mendakwa HAARP adalah senjata Amerika Syarikat paling efisien untuk memusnahkan negara-negara musuhnya.
Dakwaan mereka paling mengejutkan adalah fenomena Chemtrail telah berulangkali menyebabkan salji turun ke bumi bertukar menjadi warna kuning seperti sulfur. Bergitu juga dengan kejadian hujan yang turun di Kerala,India yang berwarna kemerah-merahan pada 2001. Walaubagaimanapun, saintis daripada Amerika Syarikat menafikan setiap dakwaan mereka.
2. Kematian haiwan secara besar-besaran
Sekitar Januari 2011, masyarakat dunia dikejutkan dengan kematian secara besar-besaran burung jenis Blackbird di Louisiana. Jumlah kematian burung yang mempunyai sayap merah keperangan ini dianggarkan 5,000 ekor kesemuanya. Sehingga ke hari ini, saintis gagal memberi sebarang penjelasan saintifik susulan kematian secara besar-besaran tersebut.
Bergitu juga di Arkansas, apabila burung jenis yang sama turut ditemui mati secara besar-besar. Dianggarkan lebih 3,000 ekor burung jenis tersebut jatuh dari langit pada malam sambutan Tahun Baru. Saintis mengeluarkan kenyataan tidak rasmi dengan mengaitkan ia dengan bunga api yang dilepaskan ke udara, keracunan dan cuaca yang buruk.
Juga di Arkansas, ribuan ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas. Dianggarkan ia berjumlah 83,000 ekor. Kejadian itu berlaku pada 29 Disember 2010. Sehari sebelum burung jenis Blackbird ditemui mati. Pada 31 Januari pula, ikan jenis sama yang ditemui mati pada 29 Disember telah dijumpai mati juga di tempat sama. Universiti of Arkansas mengambil sampel ikan untuk tujuan kajian. Sumber tidak rasmi menyebut bahawa ikan tersebut mati akibat keracunan daripada bahan kimia.
Berikut adalah turutan kematian haiwan secara besar-besaran bermula akhir tahun 2010. Secara statistik, tahun 2010 sehingga 2011 menunjukkan kematian haiwan secara besar-besaran paling besar berbanding tahun-tahun yang lalu.
1. Pada 31 Disember 2010, 83,000 ekor ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas.
2. Pada 1 Januari 2011, 3000 hingga 5000 ekor burung jenis Red-winged Blackbird ditemui mati selepas dilaporkan jatuh daripada langit di Arkansas.
3. Antara 28 Disember sehingga 3 Januari 2011, 100 tan ikan dilaporkan mati di luar persisiran pantai Brazil.
4. Pada 3 Januari 2011, lebih 500 burung jenis Perling, Gagak dan Red-winged Blackbird ditemui mati di Louisiana.
5. Pada 5 Januari 2011, ratusan burung jenis Turtle Dove ditemui mati di Faenza, Itali.
6. Pada 8 Januari, ratusan ekor burung ditemui mati di Lebuhraya California. Manakala, ratusan ekor ikan jenis Gizzard Shad ditemui mati di perlabuhan Chicago.
7. Pada 14 Januari, ratusan lembu ditemui mati di padang ragut Stockton, Wincousin.
Sebenarnya, rentetan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Namun, ia telah pun menunjukkan haiwan seperti ikan dan burung telah menjadi mangsa kepada teknologi HAARP yang dikelola oleh Amerika Syarikat.
Ia disokong dengan statistik yang mana menunjukkan tahun-tahun sebelum 2000 tidak menunjukkan haiwan mati secara besar-besaran sepertimana tahun-tahun selepas 2000. Haiwan yang mati secara besar-besaran sebelum tahun 2000 kebanyakkan disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal yang karam. Itupun bukan selalu berlaku. Ia menimbulkan persoalan bahawa manusia juga boleh dihapuskan sepertimana burung dan ikan jika mereka yang di belakang tabir teknologi HAARP mahukan perkara tersebut berlaku. Sedarlah, umat manusia sudah tidak selamat.
3. Gempa Bumi dan Tsunami
Susulan tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004, isu konspirasi HAARP banyak kali dikaitkan dengan banyak kejadian bencana alam. Antara yang paling terbaru adalah tsunami Jepun.
Tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi dalam laut sekuat 9.0 skala Richter telah memusnahkan ribuan rumah dan memakan korban lebih puluhan rakyat Jepun. Tsunami yang berlaku di Jepun telah dibuktikan dengan bacaan ‘induction magnetometer’ selepas berlakunya bencana alam tersebut. Bacaan yang direkodkan menunjukkan peningkatan yang cukup mendadak pada 9 March 2011, hari berlakunya gempa bumi di Jepun.
Yang mengukuhkan lagi dakwaan adalah bacaan yang direkodkan pada ‘induction megnetometer’ pada hari sebelum berlakunya tsunami Jepun langsung tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ia adalah normal sepertimana yang berlaku pada hari-hari yang lain.
Lihat bacaan daripada imej yang dilampirkan di atas – Graf sebelum kejadian tsunami di Jepun.
loading...

No comments

Powered by Blogger.