“Hari Ini Nyawaku Pergi Meninggalkan Aku Buat Selama-Lamanya” – Ellie Suriaty Tabah Dengan Pemergian Ibunya
loading...
Perkara itu disahkan oleh suaminya pelakon Azry Iskandar menerusi sebuah mesej ringkas kepada media.
Sementara itu, Ellie menerusi video di Instagram turut berkongsi detik akhir bersama Allahyarham ibunya itu.
“Hari ini nyawaku penguat semangat perjuangku pergi buat selama-lamanya.
“Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak emak. Ya Allah izinkan mak dapat bertemu abah di pintu syurga Mu,” tulisnya.
VIDEO :
Luahan Ellie terhadap ibunya itu mendapat perhatian apabila rata-rata berasa sebak dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.
Sejak akhir tahun lalu, Allahyarham yang juga penghidap kencing manis lumpuh separuh badan setelah diserang strok.
Sumber : mStar via SoyaLemon
loading...
Post a Comment