Ingat nak buat kejutan, buka pintu bilik tengok suami tidur berpelukan dengan lelaki lain
loading...
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, setiap pasangan kebiasaannya mengambil masa mengenal hati budi masing-masing. Proses ini penting untuk kita mengetahui sejauh mana pasangan kita mengenali diri kita. Tetapi, ada juga pasangan yang bernikah atas dasar persetujuan daripada ibu bapa. Ada yang bahagia hingga kini dan tak kurang juga sudah melalui proses penceraian akibat tiada persefahaman.
Satu kisah perkongsian yang terjadi kepada rakannya dikongsikan oleh Ayu Aziz melalui bebenang Twitter. Rakannya, yang bernama Aini melalui fasa kehidupan yang memedihkan apabila dijodohkan dengan seorang lelaki gay. Mereka bersatu melalui percaturan kedua ibu bapa mereka. Lantas Aini menjadi mangsa keadaan menerima segala keperitan.
“CINTA selepas nikah” itu bagus dan sangat bagus. Tetapi ada juga kes seram sejuk berlaku asbab “cinta selepas nikah”. Dalam Islam pun ada lalui fasa pertunangan untuk berkenalan lebih rapat kan?
Tetapi ini cerita betul dari rakan sendiri. So ceritanya macam ni, kawan aku nama Aini. Dia ni anak yang solehah lah senang kata. Anak bongsu dalam adik beradik. Waktu Aini ni umur 20 tahun, dalam proses nak habiskan sekolah, ada mak orang berkenan dengan Aini ni. Aini memang single. Dia sejenis tak percayalah cintan cintun ni kerana pada dia semua itu hanya buang masa. So, dia minta parent dia carikan atau terima sajalah sesiapa yang minat dia ni.
Pendekkan cerita, satu hari tu, parent dia bawa Aini pergi wedding kawan parent dia. Adalah kawan parent dia ni berkenan sangat dengan Aini. Ditanya-tanya Aini ni soalan itu ini. Aini jawab lemah lembut sopan santun. Dikenalkan anak mereka, namanya Mirul. Aini dengan Mirul pun berbual macam biasa dengan soalan-soalan biasa.
Selang seminggu, parents Mirul ni datang rumah Aini, tapi waktu tu Aini dah masuk kolej semula. Dia takdelah waktu tu ceritanya. Parents Aini pula rasa excited, rasa terkejut dengan parents Mirul yang tetiba datang ni. Parents Mirul beritahu hajat datang ke rumah Aini bahawa mereka berniat nak meminang Aini untuk anaknya Mirul.
Mirul pula study juga tapi degree. Lagi beberapa sem dah nak habis. Dia study pula dekat UIA. Muka soleh habis. Jadi parents Aini ni memang dah berkenan dengan Mirul yang InshaAllah ada masa depan, yang backgroundnya ada basic agama.
Tanpa pengetahuan Aini, parents Aini terima. Habis dah bincang benda basic bila boleh sarung cincin merisik apa semua, barulah parents Aini call Aini. Minta Aini balik lagi minggu tu sebab nak bincang ‘hal serious’. Aini pula anak yang mendengar kata, balik ke kampung. Sampai je kampung, parents Aini ni bawalah Aini makan tempat best-best dulu. Belanja Aini itu ini.
Bila tiba di rumah, parents Aini panggil Aini duduk di ruang tamu bersama. Aini pula waktu tu dah rasa sesuatu tapi follow jelah kan. Ayah Aini buka mulut.
“Dik, ayah rasa adik dah readylah untuk kahwin.”
Aini terbuntang biji mata terkejutlah bapak dia cakap macam tu kan. Macam tak percaya! Lepas itu mak Aini pula bersuara.
“Adik ingat lagi tak dekat Mirul?”
Aini angguk. Mak Aini pun sambung bicara.
“Mak dan ayah sebenarnya dah terima Mirul masuk minang haritu. Tapi kalau Aini tak setuju, mak boleh cakap dengan family Mirul tu, cuma kita malu sikitlah Aini.”
Aini speechless. “Mak rasa, itu terbaik ke untuk Aini?”
Mak Aini senyum. Usap kepala Aini. “InshaAllah itu yang terbaik.”
So malam tu Aini setuju dalam rasa yang masih terkejut. Bukan berbelah bahagi tapi cuma rasa terkejut semata. Aini dan Mirul pun bertunang selama 3 bulan.
Selama 3 bulan tunang tu, Aini dengan Mirul contact sesekali je melalui WhatsApp dan call. Aini husnudzon jelah fikir yang Mirul tu nak jaga batasan sebelum sah nikah. Aini sesekali je cari Mirul. Mirul pula, dia takkan contact Aini dulu. Sampailah finally kahwin. Semuanya selesai secara baik dan penuh warna ceria.
Selepas sebulan berkahwin, Aini dan Mirul dimurahkan rezeki pregnant dan sejak Aini pregnant tu lah Mirul mula jadi panas baran. Bila Aini mabuk muntah-muntah, Mirul maki hamun dia menyusahkan Mirul malam-malam nak kena bangun ambilkan mangkuk untuk muntah. Barang kena baling dah tak terkira. Aini pula setiap malam berteman air mata saja. Bila dekat depan parents Aini dan Mirul, Mirul memang jadi seorang lelaki yang soleh habis.
Kalau solat jemaah, Mirullah yang imamkan seluruh family. Tapi bila dengan Aini je, perangai dia jadi macam tu. Aini pernah tanya kenapa buat semua ni dekat dia? Apa salah dia?
Mirul jawab, ”Aku ni sebenarnya tak nak pun kahwin dengan kau. Aku terpaksa je! Sebab kena dengar cakap mak bapak aku.”
Aini menangis waktu dengar Mirul cakap macam tu. Ditanya, “Awak ada orang lain ke?” tetapi Mirul tak jawab soalan itu.
Sumber: thereporter
loading...
Post a Comment