Penjenayah hanya dipenjara, graduan melayu selamatkan ratusan orang dihukum m4ti
loading...
Baru-baru ini, lebih tepat sehari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, seorang graduan, Muhammad Lukman Mohamad yang berusia 29 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ini kerana dia didapati bersalah kerana memiliki, memproses, dan mengedar dadah jenis ganja yang telah diolah dalam bentuk cecair (minyak). Sebanyak dua kilogram HAMPAS ganja kering bersama 260g ganja mampat telah dijumpai di dalam kediamannya.
Dia sebenarnya ditangkap bersama isterinya yang hamil lima bulan waktu itu tetapi isterinya itu dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.
Lukman sebenarnya telah memproses ganja-ganja tersebut untuk dijadikan minyak bagi tujuan perubatan, malah sehingga tarikh ditangkap, beliau telah memberi rawatan alternatif ini kepada tidak kurang daripada 800 orang pesakit!
Sepanjang perbicaraan berlangsung, peguambelanya, Farhan Maaruf telah membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan perubatan minyak ganja daripada beliau.
lukman di bawa ke mahkamah
Antaranya adalah seorang penghidap sakit Thalesemia yang telah menggunakan minyak ganja sepenuhnya sebagai medium rawatan utama sejak 2016 tanpa mendapatkan apa-apa ubat-ubatan dari pihak hospital. Ibu kepada Lukman juga dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah sebagai testimoni dan pesakit yang mendapatkan rawatan terakhir daripada Lukman.Kes Lukman yang dijatuhi hukuman gantung ini telah mendapat liputan antarabangsa di mana kes ini telah dilaporkan di Perancis, United Kingdom dan juga Australia.
Bagi kita yang tak pernah terdedah dalam dunia ganja ini, kita anggap ia satu topik yang taboo tetapi dalam sedar tak sedar, sebenarnya ganja kini semakin diterima di banyak negara di dunia sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan khususnya dalam merawat pelbagai penyakit kronik.
Di sini abam sertakan petikan rencana daripada Editor akhbar The Star semalam yang turut membincangkan mengenai kes Lukman;
“NEXT month, Canada will fully legalise recreational marijuana. In Argentina, the government has been providing medical marijuana since March 2017. In Uruguay, marijuana is not only legal but a growing enterprise. From Holland to Jamaica, Portugal to Australia, lawmakers are doing the same thing. What did we do? We just sentenced a man to death for it last week.
“A 29-year-old father of one, Md Lukman was sentenced to hang for possessing, processing and distributing cannabis oil. He provided this item to patients who were suffering from ailments that marijuana and its active ingredient tetrahydrocannibol are associated with treating.”
Malah bekas pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Samantha Chong juga ada memberikan pendapatnya.
Menurut Samantha, ganja bukanlah sejenis dadah ‘ganas’ seperti mana mereka yang mengambil kokain atau heroin.
“ Every time I go for international conferences and tell others that in Malaysia you can be hanged for possession of 200g of marijuana, those in the outside world are shocked. We are wasting money, clogging up the justice system and over-crowding our prisons. Now around 59% of cases in the prison are those who commit non-violent drug-related offences. The truth is that cannabis should not be treated on the same level as hard drugs such as heroin or cocaine.
“ With marijuana the chances of addiction are very minimal, but somehow it is categorised along with heroin and methampethamine. This needs to be reviewed, especially considering the traditional use of cannabis for medicinal value,” says Chong.
Abam bencikan dadah dan abam rasa kita semua pun bencikan dadah. Agama, bangsa dan negara rosak kerana dadah. Abam berani bet takde seorang pun daripada kita boleh mengaku dengan bangganya tiada darah dagingnya yang terlibat dengan dadah, mesti ada.
Namun pada masa yang sama, mahu tak mahu kita kena akui banyak ubat-ubatan dalam pasaran sebenarnya berasal daripada dadah juga. Paling dekat dalam masyarakat kita adalah ketum. Ketum digunakan dari dulu hingga sekarang terutama tok nenek kita dulu dan terbukti keberkesanannya.
Yang jadi masalah, kita salah guna benda-benda ni untuk keseronokan hingga hancur institusi kekeluargaan dan sebagainya.
Pun begitu, jangan kerana itu, kita ‘pukul rambang’ hingga semua yang mengambil dadah kita anggap penagih.
minyak dihasilkan Lukman yang menyelamatkan ramai orang
Kalau kita boleh ubah dan pinda tuduhan kepada kepala gangster dan samseng, apasalahnya kita ada sedikit ‘keberanian’ untuk melihat kembali undang-undang lapuk mengenai dadah.Sudah tiba masanya kita mengkaji semula definisi siapa sebenarnya pengedar, siapa sebenarnya penagih dan siapa sebenarnya pesakit yang memerlukan dadah untuk rawatannya.
Sekali lagi abam tegaskan, prinsip abam tiada kompromi kepada penyalahgunaan dadah namun kalau terbukti secara santifik penggunaan dadah khususnya tumbuhan seperti ganja, ketum dan sebagainya ini boleh membantu khususnya dalam dunia perubatan, kita kena tengok balik terutama dari segi undang-undang dan implikasinya.
Abam tutup tulisan abam ini dengan kata-kata Lukman kepada peguambelanya sejurus hukuman mati dijatuhkan ke atasnya;
” Ini bukan salah Hakim, Yang Arif hanya menjalankan tugas menurut sistem undang-undang lapuk, dia tak tahu tentang kebenaran (perubatan ganja) ini. Saya masih percaya keputusan belum muktamad. Jika telah muktamad, maka sememangnya undang-undang Malaysia sangat kejam.”
Wallahualam. What say you?
sumber : Syahril A. Kadir
KOMEN-KOMEN NETIZEN
Shahrudin van Dzulkarnain Saya antara yg pulih selepas penggunaan cannabis oil dari beliau
Maszeli Mohammad WeeUtk abg Syahril A. Kadir terima kasih dari kami pejuang Kannabis…kami cuba didik masyarakat berkenaan kebaikkan Kannabis baik Hemp atau Marijuana didalam kontek perubatan..kita sudah ada seorang prof dari UPM y kaji berkenaan hal ini..sekali lagi kami ucapkan terima kasih..dan akak Yuuki Setsuna yang selalu bersama lukman
Ayah LuqLuqlagi satu.. masalah Malaysia ni terlalu ramai Pakar Perubatan tak bertauliah.. kalaulah Marijuana di legal.. ramai la jd pakar proses campur macam2.. last2 jadi dadah merbahaya..yg sepatutnya di sekat macam ubat kurus bahaya, kosmetik bahaya.. takde plak sekatan.. masih bermaharajalela buat iklan tv, radio.. waima billboard sebesar2 alam tepi highway.. padahal produk tu la menjahanamkan buah pinggang..
Aizuddin Saad Saya pernah shoot satu assignment untuk satu family yang anaknya 2 tahun kena sawan akibat sistem saraf kat otak dah rosak, dimana sawan tu buat anaknya asyik menangis sampai dia tertidur dan nak hentak kepala. Macam2 treatment dari hospital pernah diaorg cuba tapi tak berjaya dan akhirnya mereka cuba alternative healing, yang mereka guna cannabis oil. Memang berkesan untuk menenangkan anak dia yg asyik menangis dan hentak kepala kat dinding. Walaupun penggunaannya tak merawat, sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan mak bapak budak tu.
Ayah LuqLuq KKM kna buat research la pasai benda ni.. collaborate dgn negara2 yg dah mula buat kajian pasai marijuana ni. If it’s true minyak ganja ni mampu ubat penyakit.. than hukuman gantung tu merupakan satu penganiayaan.. sb dia tak jual ganja tu utk penagih khayal (if it’s so lahh)
Ida Azerin Razali Menteri Kesihatan dah baru. Dah patot la semak semula… Allahuakbar. Zalim sungguh pemerintah nowdays. Tunggu je la bala besar yg bakal turun
Rostam Z. SaidMasalah utama ialah definisi ganja masih dibawah Akta sama dengan heroin, kokain dan morfin – semuanya ini legal bila jadi ubat. Tapi ganja? Hmmmm
Odyssey UnguSy setuju ngan abam…undang2 yg lama sptutnya ada revision and should be revised.Ibarat di tangan ada pisau,tak semestinya guna pisau itu utk membunuh sahaja.Tetapi bila pihak pendakwaan lemah dan mengakui yg tertuduh mempunyai niat yg baik,sptutnya hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan kadar maksimum…tiada malafide dlm kes begini…bila dianalisa dr penulisan berkemungkinan hakim mgkn sudah mempunyai keputusan awal sebelum keputusan akhir dibuat.Moga kes dirujuk ke mahkamah rayuan.
Wan Atas jasa dan asbab dia ni anak angkat kami yg mengidap kanser kembali pulih dan boleh hidup seperti anak2 lain. Sedih bila kenangkan. Semoga allah membalas syurga atas jasa baik dia yg memberi harapan pada orang lain sehingga diri sendiri terkorban. Allahu….
loading...
Post a Comment