[VIDEO] Dia memang sengaja! Netizen kecam pelumba Negeri Johor main kotor
loading...
Video yang menjadi tular tersebut membuatkan netizen berang dan tidak puas hati dengan tindakan perlumba berkenaan
PELUMBA JOHOR DIKENAKAN PENALTI DAN DENDA RM100
Muhaimin Azhar J suck. Should banned from joining any sport
Kenneth Lhv This is intentionally, the rider needs to be identified and blacklisted from participating any event. Let no more rider be harm by him.
Remy Amer Please report…banned this rider.not have sportmanship
Eiy Sulaini Sakit ht pulak aku tgk, smoga cpt sembuh
Nur Hayati Jenifer AbdullahTengok Dari video memang dia sengaja nampak dia libas dgn Tayar belakang tengok dua tiga kali juga video ni
Yoo BuuNormal la…siapa tk nak menang..siapa tk nk mengalah.tpi langkah berhati hati penting.lumba basikal mmg best..kau kena ingat..nk dpt kemenangan mesti ada halangan..
Mulhim Razalibtl2 main kotor la player jdt ko sndri yg buang body ke kanan”nmpk sngt nk himpit
Nick Lim Pls ban syaitan ni seumur hidup dalam bidang sukan …
Saiful Samsuddin Mohon tgk balik la, situasi y brlaku jelas ada ancaman dr rider depan. Jgn pengurusan buat2 xnampak lak, ni utk penambahbaikan dr semasa ke semasa. Jgn terapkan permainan licik dalam sukan negara, kelak akan menjadi pemusnah kerjaya dalam sukan negara. Kelak nti apabila kroni2 y menguasai tmpt y penting, tkot mutu dan kualiti atlet menjadi asbab utk kita maju ke hadapan. Please, pengurusan take action.
LAPORAN UTUSAN KEMENAGAN MILIK PENUNGGANG JOHOR
Kejayaan itu diraih selepas pelumba Johor, Mohamad Saari Amri Abd. Rasim mengungguli saingan itu dengan berada di kedudukan pertama dalam aksi yang berlangsung di Dataran Warisan, hari ini.
Pelumba berusia 21 tahun itu dinobatkan sebagai juara menerusi catatan masa 3 jam 24 minit 37 saat untuk mengetepikan pencabar terdekat, Wan Abdul Rahman Hamdan dari kontinjen Terengganu yang terpaksa berpuas hari dikedudukan kedua manakala gangsa menjadi milik Muhamad Aliff Farhan Abu Samah dari Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, pelumba kelahiran Mersing tersebut mengakui kejayaan tersebut memang di luar jangkaannya lebih-lebih lagi setelah temasya kali ini turut diwakili oleh pelumba dari skuad kebangsaan serta benua.
“Sangat teruja dan gembira dengan kemenangan ini kerana tidak sangka mampu menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Pelumba Terengganu dan Selangor memberi cabaran sengit tetapi 50 meter terakhir, berlaku pelanggaran antara pelumba Johor dan Terengganu, sekali gus membuka peluang untuk saya berada di hadapan.
“Sebenarnya kemenangan saya ini adalah dari kuasa Allah. Insya-Allah saya akan cuba mendapatkan satu lagi emas pada acara kriterium Sabtu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sukma 2018 merupakan kejohanan sulung dan terakhir buat Saari yang bakal menjalani ujian percubaan selama tiga bulan bersama skuad Team Sapura Cycling (TSC) selepas ini.
Dalam pada itu pengurus berbasikal Johor, Lalili Yusof berkata, kejayaan yang diraih oleh Saari telah menyemarakkan semangat skuad berbasikal Johor untuk menguasai semua pingat yang di pertandingkan pada acara berbasikal.
loading...
Post a Comment