Ayah saya berpangkat sarjan merogol dan memasukkan kemaluan dalam dubur
loading...
JOHOR BAHRU – Seorang bekas tentera berpangkat Sarjan dihukum 18 tahun penjara dan 15 sebatan oleh mahkmah sesyen, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan sumbang mahram ke atas anak kandungnya yang berusia 17 tahun, dua tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki berusia 44 tahun itu didakwa melakukan persetubuhan ke atas remaja berkenaan tanpa kerelaannya dengan meletakkan pedang samurai di leher mangsa.
Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 18 tahun dan 10 sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan kemaluan dalam dubur mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan lima sebatan.
Hakim Jailani Rahman kemudiannya memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh hukuman dijatuhkan serta mengarahkan tertuduh membayar jaminan RM12,000 sementara menunggu rayuan kes.
Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di rumah sewa tertuduh di Taman Pelangi Indah, di sini, kira-kira jam 2 pagi pada 15 Mac 2016.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa dari Kuala Lumpur telah pergi ke rumah tertuduh yang telah bercerai dengan ibunya untuk mendapatkan rawatan kerana menghidap penyakit sawan.
Bagaimanapun, setelah ibunya pulang, tertuduh yang bermalam di rumah tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu.
Mangsa kemudiannya memberitahu ibunya keesokkannya kira-kira jam 8 pagi sebelum laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada 16 Mac 2016.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin.
Asmah memohon hukuman berat terhadap tertuduh selepas mengambil kira kesan trauma dan emosi ke atas mangsa yang merupakan anak kandung dan sepatutnya dilindungi.
Tertuduh yang diwakili dua peguam merayu hukuman ringan berikutan memiliki empat anak selain mengaku telah kesal dan insaf atas kesalahan yang pertama kali dilakukan.
loading...
Post a Comment