Bapa rogol anak 623 kali

loading...
Rayuan seorang ejen unit hartanah yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya akan didengar pada 23 April ini di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Nur Ain Mustapa selepas pengurusan kes itu dibuat di hadapannya dengan dihadiri lelaki berusia 37 itu selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin sebagai pihak responden.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Aimi memaklumkan lelaki itu memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman pada Oktober tahun lalu.
Aimi berkata, mahkamah juga mengarahkan perayu melantik peguam selain berhubung dengan pihak penjara untuk mendapatkan khidmat daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai 2017.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis selama tiga tahun selepas keluar dari penjara.
Kes ini mendapat perhatian awam apabila lelaki itu didakwa atas 623 kesalahan termasuk satu kes rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya dan satu kes penganiayaan seksual.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya, di Petaling Jaya sejak Januari tahun lalu hingga Julai tahun lalu.
loading...

No comments

Powered by Blogger.